CYBERJAYA: Dalam usaha menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan inisiatif Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) dan terbaru dengan penganugerahan kelayakan akademik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.
Beliau berkata, pengalaman itu dikumpul daripada apa yang berlaku di tempat kerja dan bentuk pembelajaran lain iaitu formal, bukan formal serta pendidikan atau latihan pembangunan profesional berterusan yang tidak rasmi.
Inisiatif MQA itu, katanya, menjadi kaedah untuk memastikan kesaksamaan akses, pengiktirafan, peluang, kesetaraan serta amalan dalam kemajuan kerjaya warganegara Malaysia.
"Ia juga bertujuan untuk memperluas akses ke program pengajian melalui pemberian kelayakan akademik berdasarkan pengiktirafan pengalaman.
"Inisiatif ini mendorong lebih ramai individu yang banyak pengalaman kerja untuk memperoleh kelayakan akademik relevan melalui mekanisme penilaian berbeza tanpa perlu mengikuti kaedah pengajian konvensional.
"APEL.Q juga merupakan pengiktirafan kelayakan akademik kepada individu yang pengalamannya dinilai sebagai memenuhi hasil pembelajaran sesuatu program berakreditasi penuh ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif MQA dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada masyarakat seterusnya memperkasa usaha mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, APEL.Q yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat itu memerlukan pemohon untuk memenuhi minimum tahun bekerja sebagai pengalaman pada tahap sesuai dalam bidang yang relevan.
Beliau berkata, bagi peringkat sijil memerlukan pemohon yang mempunyai lima tahun pengalaman, Diploma (10 tahun), Diploma Lanjutan (12 tahun), Ijazah Sarjana (20 tahun) dan Ijazah Kedoktoran (25 tahun).
Katanya, banyak kelebihan mengikuti APEL.Q seperti menggalakkan individu bekerja untuk memperoleh kelayakan yang lebih tinggi, mengelakkan pembelajaran yang berulang dan mengurangkan kos pengajian.
"APEL.Q menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu.
"Selain menjadi satu daripada kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat, APEL.Q juga akan melahirkan masyarakat berilmu yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.
"Semua itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi," katanya.
Maklumat lanjut mengenai APEL.Q boleh dapatkan menerusi pautan https://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_Q/pengenalanapelq.cfm
Astro Awani
Mon Nov 29 2021

MOHAMMAD SHATAR: Inisiatif ini mendorong lebih ramai individu yang banyak pengalaman kerja untuk memperoleh kelayakan akademik relevan melalui mekanisme penilaian berbeza tanpa perlu mengikuti kaedah pengajian konvensional. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.