Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan satu aplikasi baharu bagi membolehkan pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat mengenai jadual bas perantara, bermula suku ketiga tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata aplikasi yang sedang dibangunkan tersebut akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar.
"Apabila dilancarkan, aplikasi ini akan memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas perantara seperti yang telah dilaksanakan sekarang untuk kemudahan GrabCar dan Uber.
"Pengguna hanya perlu memasukkan data, contohnya dari Kuala Lumpur ke Lembah Klang, dan mereka boleh tahu di mana bas berada, bas perantara apa yang melalui laluan tersebut kerana semua perkhidmatan bas awam berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Liow berkata projek Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijangka akan dimulakan tahun ini dan siap pada 2020.
"Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada Mei ini...kami jangkakan pembinaan BRT KL-Klang dengan 26 stesen melalui jalan persekutuan ini akan memakan masa dua hingga tiga tahun," katanya.
Ekspo Hartanah Malaysia yang dianjurkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) diadakan selama tiga hari bermula semalam.
Ia melibatkan 50 pempamer yang terdiri daripada pemaju hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
Liow berkata aplikasi yang sedang dibangunkan tersebut akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar. - Gambar fail
Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Fasa tiga terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Caj PPUM: Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu tampung kenaikan
Langkah itu diambil memandangkan PPUM menjadi antara tumpuan penduduk Parlimen Lembah Pantai untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
MOT, JPJ bincang integrasi data aplikasi jual beli motosikal dan MySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penilaian pihak ketiga bagi pastikan keberkesanan projek
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan penilaian oleh pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif yang dijalankan oleh kementerian itu.
MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
[TERKINI] Dua Hakim Mahkamah Agung Iran mati ditembak di Tehran
Dua hakim kanan Mahkamah Agung Iran, yang terlibat dalam pengurusan kes keganasan dan risikan, mati ditembak di Tehran pad Sabtu.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
10 Berita Pilihan - (18 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 19 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.