Satu aplikasi penghantaran makanan patuh syariah yang mengkhususkan kepada makanan halal telah diperkenalkan dan kini mula beroperasi di Langkawi.
Aplikasi FASTREXS, yang dibangunkan anak tempatan, berfungsi memastikan tiada lagi keraguan bagi masyarakat Muslim yang membuat tempahan makanan.
Ia menjamin makanan yang ditempah tidak akan bercampur dengan makanan tidak halal dalam satu kotak penghantaran yang sama.
“Ramai menyatakan keraguan pada masa kini apabila aplikasi sedia ada turut menerima penghantaran makanan tidak halal dan bercampur dengan makanan yang halal.
"Apabila bungkusan dicampur dalam kotak yang sama, mungkin berlaku pertumpahan makanan yang boleh menjejaskan makanan lain.
“Dari situ, kami mengambil inisiatif untuk memastikan hanya produk makanan halal sahaja akan diterima tempahan, sekali gus pengguna tidak perlu ragu lagi,” kata Pengurus Projek FASTREXS Rusmad Norhady Mohamad pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di sini malam tadi.
Pulau lagenda ini menjadi destinasi pertama pengoperasian aplikasi ini yang akan dikembangkan ke kawasan lain dari masa ke masa.
Sementara itu, melalui satu lagi inisiatif ‘Home Kitchen’, golongan suri rumah berpeluang memasarkan produk makanan mereka sambil berdaftar dengan FASTREXS bagi tujuan keselamatan dan kualiti.
Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Juhari Bulat turut menyokong usaha ini yang membuka peluang kepada suri rumah untuk menjana pendapatan.
Pada masa sama, produk komuniti tempatan juga diangkat melalui penghantaran barangan ke pintu rumah atau penginapan pelanggan.
“Ada dua kategori, iaitu makanan dan ‘mart’. Untuk Langkawi, kami fokus kepada produk usahawan kecil dan sederhana (PKS).
"Kami bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) bagi mengetengahkan produk komuniti ini kepada pelancong,” kata Ketua Pegawai Operasi FASTREXS, Farhan Umar.
Pengenalan aplikasi ini, jelasnya, adalah usaha bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan dan meningkatkan kembali perniagaan PKS yang terjejas akibat COVID-19.
Hafizi Rosli
Tue Aug 18 2020
Juhari (tengah) menyampaikan kemeja-T dan kotak penghantaran FASTREXS kepada penghantar makanan ketika pelancaran aplikasi itu di Langkawi malam tadi. Astro AWANI/HAFIZI ROSLI
APM Besut tangkap 400 ular sepanjang MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar mangsa tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?