LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima aset baharu bernilai RM4 juta, iaitu kenderaan Mobile Surveillance Unit (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) dalam membantu meningkatkan operasi mencari dan menyelamat di laut.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya (Maritim) Hamid Mohd Amin berkata MSU akan membantu bagi mendapatkan liputan sensor yang maksimum, meluaskan liputan maritim dan membentuk masa yang hampir nyata seperti gambar permukaan bagi memastikan rondaan serta operasi SAR lebih cekap.
"MSU merupakan sistem yang melengkapkan peranan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) dalam mengesan aktiviti yang mencurigakan di laluan tikus, dalam usaha menghentikan aktiviti penyeludupan atau pencerobohan di kawasan perairan maritim negara.
"Pembangunan MSU bertujuan untuk menyediakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada SWASLA di bawah APMM," katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di sini.
Hamid berkata sistem radar MSU juga bakal bertindak mengesan sebarang objek atau imej dalam operasi SAR, dan disesuaikan dengan pacuan empat roda sebagai platform pengesanan yang tahan lasak untuk pelbagai jenis operasi.
Mohd Amin berkata MSU berkenaan juga akan membantu untuk mengurangkan kebergantungan kepada aset udara dan laut dalam mencegah jenayah seperti perdagangan haram, penyeludupan, perikanan haram, dan pencemaran maritim.
Penyerahan MSU berkenaan akan dibuat pada Khamis di reruai AMP Corporation di MIEC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

MSU merupakan sistem yang melengkapkan peranan SWASLA dalam mengesan aktiviti yang mencurigakan di laluan tikus. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

APMM bakal terima aset baharu bernilai RM4 juta, bantu operasi SAR
APMM bakal menerima aset baharu bernilai RM4 juta, iaitu kenderaan Mobile Surveillance Unit (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) dalam membantu meningkatkan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Pelajar lelaki diselamatkan daripada terjatuh di bangunan IPTS di Shah Alam
Seorang pelajar lelaki diselamatkan daripada terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.

Tiga IPT bekerjasama dengan Istana Budaya beri pendedahan muzik tradisional
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kejadian tembakan di Michigan: Tiada pelajar Malaysia terlibat
Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan berhampiran Michigan State University (MSU) di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat, semalam.