LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, mengagalkan cubaan memindahkan minyak secara haram menerisi kapal persiaran ke kapal kargo di kedudukan 0.5 batu nautika, barat laut, Terminal Feri Penumpang, Langkawi pada jam 2.05 petang, Jumaat.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan terdapat aktiviti mencurigakan.
Berikutan itu, sebuah bot ronda Perkasa 1225 telah digerakkan ke lokasi.
“Bot persiaran tersebut disyaki sedang melakukan cubaan untuk memindahkan minyak kepada sebuah kapal kargo.
“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau ‘ship to ship’ (STS),” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pihak APMM telah menahan pengemudi kapal persiaran bersama empat anak kapal warga tempatan serta seorang warga Thailand berusia 28 hingga 45 tahun.
Manakala pengemudi kapal kargo dan tiga anak kapal warga tempatan berusia 25 hingga 32 tahun turut ditahan dan di bawa ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘ship to ship’ (STS) tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 23 2021
Bot persiaran tersebut disyaki sedang melakukan cubaan untuk memindahkan minyak kepada sebuah kapal kargo. - APMM
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
APMM gagalkan aktiviti pindah minyak secara haram
Pengemudi kapal persiaran bersama empat anak kapal warga tempatan serta seorang warga Thailand berusia 28 hingga 45 tahun telah ditahan.