KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata Pusat Operasi Maritim Kudat menerima laporan pada jam 11.00 Jumaat berkaitan kejadian dua bot nelayan terkandas di kedudukan sekitar 2 batu nautika tenggara Pulau Sibogor Laut, Pulau Banggi, Kudat.
"Bot peronda Zon Maritim Kudat yang digerak ke lokasi mendapati dua bot nelayan terbabit telah tenggelam namun tiada mangsa dikesan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal bot mendapati kedua-dua bot terbabit dipercayai bot nelayan asing Vietnam berdasarkan kepada bentuk, warna, serta nombor pendaftarannya.
"Tiada bukti atau sebarang petunjuk fizikal berkaitan kru kedua-dua itu di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat
Menurutnya penduduk kampung berdekatan memaklumkan kedua-dua bot terbabit telah terkandas pada malam sebelumnya dan semakan mendapati tiada sebarang penemuan atau pendaratan warga asing Vietnam dilaporkan di pulau-pulau berdekatan.
"Berdasarkan maklumat tersebut, besar kemungkinan tekong beserta kru bagi kedua-dua bot terbabit dipercayai telah diselamatkan oleh bot nelayan asing lain yang berada berdekatan lokasi kejadian.
"Kini mereka dipercayai melarikan diri bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa serta dikenakan tindakan undang-undang," jelasnya.
Kedua-dua bot nelayan asing itu dipercayai terkandas serta melanggar batu karang yang mengakibatkan kebocoran pada struktur badan bot.
Faktor air laut yang semakin pasang serta kadar kemasukan air yang laju memenuhi bot membuatkannya tenggelam.
Bagaimanapun, menurut Boon punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Aset Maritim Malaysia yang berada di sektor operasi telah diarahkan untuk meningkatkan pengawasan serta rondaan bagi menjejak dan mengesan nelayan-nelayan asing yang melarikan diri tersebut.
"Hasil pemantauan serta analisis data daripada tangkapan-tangkapan terdahulu, bot-bot nelayan asing terutamanya dari Vietnam yang menceroboh perairan Kudat kebiasaannya bergerak secara berkumpulan.
"Mereka akan menjarah hasil laut negara secara haram pada waktu malam dan akan keluar dari sempadan negara sebelum matahari terbit bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa," tambahnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Mar 05 2021

Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis. - Foto APMM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P

Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.

Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.

Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.

Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.

Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).