SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot kargo yang membawa 15 tong minyak diesel serta 32 baldi dan 30 botol minyak pelincir tanpa kebenaran di 0.1 batu nautika barat daya Pelabuhan Klang, hari ini.
Pengarahnya Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata bot itu ditahan oleh bot PERKASA 35 semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di perairan Selangor sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Beliau berkata pemerikaan awal mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dengan seorang kru yang masing-masing merupakan lelaki warga tempatan berusia 60 dan 64 tahun.
"Tekong dan kru juga telah gagal mengemukakan dokumen kebenaran yang sah untuk membawa bahan tersebut di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA), selain, hanya memiliki PDA yang telah tamat tempoh berakhir pada 30 Julai 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu katanya tekong, kru, bot serta muatan telah ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah, dekat sini untuk siasatan lanjut mengikut Akta Petroleum 1985 (Langkah - Langkah Keselamatan dan Pengangkutan Petroleum Melalui Air).
Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

APMM) Selangor menahan sebuah bot kargo yang membawa 15 tong minyak diesel serta 32 baldi dan 30 botol minyak pelincir tanpa kebenaran di 0.1 batu nautika barat daya Pelabuhan Klang, pada Khamis. - Foto Facebook/APMM
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
Kaji kesan jangka panjang larangan kenderaan berat di lebuh raya
Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM, Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, ia penting dalam melihat kesan kepada aliran trafik dan kesesakan di kawasan lain seperti jalan lama.

Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.

Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

APMM Selangor kesan warga emas jatuh laut
APMM Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam.

APMM Selangor tahan bot kargo bawa minyak tanpa kebenaran
Bot itu ditahan oleh bot PERKASA 35 semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di perairan Selangor sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Seludup PATI keluar dan masuk Malaysia, APMM Selangor tumpaskan sindiket 'Ibu Ani'
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1969/63.