KUALA LUMPUR: Argentina berhasrat untuk meningkatkan lebih banyak pertukaran dengan Malaysia bukan hanya dari segi perdagangan dan pelaburan tetapi juga dalam aspek kebudayaan, pada masa akan datang.
Ketika menyuarakan harapan itu kepada Bernama, Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan yang lama tetapi tidak begitu intensif.
Mordino berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya dan dijangka melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin ini.
Beliau juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan beberapa menteri termasuk rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mondino berkata hubungan diplomatik antara Argentina dan Malaysia sebagai amat bagus dan Argentina mendapat Duta Besar Malaysia yang cemerlang di sana dan negara itu juga mempunyai dutanya di sini yang mempunyai banyak pengalaman di Malaysia.
"Ia membantu,"katanya.
Nur Azman Abdul Rahim merupakan Duta Besar Malaysia ke Argentina pada masa ini sementara rakan sejawatnya dari Argentina ialah Manuel Balaguer Salas.
Selain daripada itu, Mondino juga menyuarakan kekagumannya terhadap pembangunan ekonomi dan infrastruktur Malaysia yang pesat.
"... kami boleh meningkatkan eksport kami dan kami juga berharap untuk menarik pelaburan atau sebaliknya.
Ini kali pertama saya di Kuala Lumpur tetapi saya perlu mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kemajuan negara anda dalam beberapa dekad. Argentina berharap dapat melakukan perkara yang sama," katanya.
Mengenai harapan beliau menjelang pertemuan dengan Anwar dan rakan sejawatnya, Mondino berkata: "Pertamanya, saya akan meyakinkan mereka mengenai persahabatan kita. Ia lebih penting dalam keadaan dunia semasa yang mengelirukan.
"Kami juga akan cuba melihat agenda multilateral dalam banyak isu di dunia. Kita boleh bekerjasama," katanya.
Mengenai perjumpaannya dengan Mohamad Sabu, Modino berkata ia merupakan perjumpaan yang amat penting.
''Argentina mempunyai pengeluaran produk pertanian yang banyak tetapi ia hanya sebagai pelengkap dan bukan alternatif kepada Malaysia. Kami menghasilkan jagung, kacang soya, gandum, biji bunga matahari dan banyak lagi yang penting untuk makanan manusia dan haiwan.
Kami adalah pengeluar dengan kos yang rendah dan amat efektif . Kami boleh berkongsi pengalaman. Kami mengeluarkan mesin yang mungkin boleh disesuaikan dengan tanaman Malaysia.
Jadi ada banyak benda yang kita mungkin boleh bekerjasama,"katanya.
Eksport Argentina ke Malaysia mencapai paras tertinggi kepada hampir US$2 bilion pada 2022 dengan produk utama seperti jagung, dedak kacang soya, makanan bijirin dan pelet.
Dalam tempoh 27 tahun lepas, eksport Argentina ke Malaysia telah meningkat pada kadar 6.5 peratus setahun dari US$350 juta pada 1995 kepada US$1.92 bilion dalam 2022.
Pada 2022, eksport Malaysia ke Argentina bernilai US$341 juta.
Ditanya sama beliau berharap untuk melihat dagangan seimbang antara kedua-dua negara, Mondino yang merupakan seorang ahli ekonomi berkata: "Kami berharap kedua-dua negara akan mengeksport banyak komoditi antara satu sama lain tetapi siapa mengeksport lagi banyak tidak begitu relevan."
"Kami boleh mengeksport banyak komoditi dan pada masa kami mempunyai banyak sumber minyak dan gas.
Petronas (syarikat minyak dan gas Malaysia) mempunyai banyak pengalaman ... mereka boleh membantu Argentina dan pada masa sama Petronas boleh mendapat pulangan," katanya.
Mondino juga berkata banyak perkara boleh dilakukan antara kedua-dua negara selain daripada perdagangan.
"Kami adalah sebuah negara besar. Kami memiliki semua iklim. Kami mempunyai pelbagai sumber antaranya pertanian, minyak dan gas serta pelancongan. Kami boleh melakukan banyak perkara.
Walaupun perdagangan adalah penting, perkara-perkara lain yang boleh menjadi pertukaran seperti kebudayaan. Kebanyakan orang tidak memikirkan seni atau kesusasteraan adalah sesuatu yang penting. Ia membantu menjalin hubungan semasa insan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024

Mondino berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan yang lama tetapi tidak begitu intensif. - Gambar Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.