KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat sebagai CEO berkuat kuasa hari ini.
Arham menggantikan Datuk Azman Mahmud yang sudah berkhidmat di MIDA selama 32 tahun.
Menurut MIDA, Arham mempunyai rekod prestasi dan kerjaya yang sangat cemerlang, menjangkau lebih tiga dekad bersama agensi itu.
"Beliau telah berkhidmat dalam cabang pelaburan asing organisasi dengan perkhidmatan selama bertahun-tahun di Jerman dan Amerika Syarikat.
"Pengalaman beliau sebagai barisan hadapan MIDA bagi menarik serta memudahkan pelaburan asing ke dalam negara, menjadikan beliau sebagai calon yang unik untuk menerajui MIDA dalam norma baharu," kata MIDA dalam satu kenyataan.
Manakala, MIDA dalam kata-kata penghormatannya kepada Azman memberitahu semasa kepimpinan beliau, agensi tersebut secara aktif telah menasihati, mengesyorkan dan melaksanakan dasar, strategi termasuk hala tuju bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan Malaysia.
"Bekerjasama dengan semua peringkat dalam pihak berkepentingan termasuk rakan sejawat kerajaan, komuniti perniagaan asing dan tempatan serta rakan kongsi akademik dan latihan, MIDA secara konsisten telah mencapai sasaran pelaburan tahunan sebanyak RM200 bilion antara 2014 hingga 2019," katanya.
Pandemik COVID-19 telah membentangkan cabaran yang tidak dijangkakan tetapi dengan kepimpinan Azman, MIDA dan pihak berkepentingan industri bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah berjaya mengemudi ketidaktentuan.
"MIDA memainkan peranan penting dalam proses penilaian semasa pelaksanaan awal Perintah Kawalan Pergerakan disamping menyediakan input penting bagi penggubalan dasar dan strategi dalam rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia dalam memastikan industri negara kekal mampan dan mata pencarian rakyat terpelihara," katanya.
Azman juga telah mengetuai MIDA dalam proses penjanaan semula perniagaan organisasi itu agar seiring dengan inovatif dan ketangkasan bekerja pada zaman pendigitalan ini.
"Peningkatan kecekapan pelbagai fungsi pertubuhan ini akan meningkatkan aktiviti perniagaan teras dan keterlihatan selain mengukuhkan kapasiti perancangan strategik serta advokasi dasar.
"Ini amat penting semasa pandemik sehinggakan, MIDA mampu berdaya tahan dan responsif dalam memberikan nasihat serta sokongan kepada pelabur sedia ada dan berpotensi walaupun sempadan antarabangsa ditutup dan pergerakan disekat," tambah agensi itu.
Pada 2020, MIDA berjaya mengadakan lebih 500 penglibatan dalam talian dengan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara untuk memberi taklimat terkini mengenai perubahan dasar negara dalam mengekang pandemik ini agar kebimbangan pelabur dapat distabilkan disamping mengekalkan keyakinan mereka terhadap Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021

Arham Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat sebagai CEO berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Pelaburan Samsung SDIEM bukti keyakinan MNC pada Malaysia - MIDA
Pelaburan kumulatif RM7 bilion itu adalah lokasi pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.

Lam Research buka kemudahan pembuatan terbesar di Malaysia
Pembukaan kemudahan terbaharu syarikat itu di Pulau Pinang merupakan langkah kritikal yang telah diambil untuk memenuhi permintaan teknologi canggih Lam yang semakin meningkat.

Malaysia lokasi ideal penuhi permintaan sektor aeroangkasa di Asia Pasifik - MIDA
MIDA optimis bahawa Rolls-Royce akan mendapat manfaat daripada ekosistem dan kemudahan Malaysia yang kukuh.

Malaysia raih pelaburan RM8.9 bilion dari Korea Selatan, Jepun
Korea Selatan dan Jepun akan terus menjadi negara pelabur utama di negara ini, kata MIDA.

Arham Abdul Rahman jadi CEO MIDA
Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat sebagai CEO berkuat kuasa hari ini.