TAIPING: Arkib Negara Malaysia (ANM) giat menjejak dan memperoleh bahan arkib yang berada di luar negara bagi melindungi hak serta kepentingan negara.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata langkah mendapatkan bahan arkib sangat mustahak bagi melengkapkan bahan bukti termasuk kajian serta penyelidikan mengenai persempadanan, mempertahankan hak kedaulatan serta pengesahan fakta sejarah negara.
"Bahan arkib berkaitan negara kita ada disimpan oleh kerajaan atau pengumpul persendirian di Rusia, Australia, Perancis, Itali dan Turkiye dan kita akan ke sana September depan untuk jalin kerjasama berkenaan bahan arkib.
"United Kingdom dan Belanda sudah tentu ada simpan bahan arkib sebab negara itu pernah jajah kita... tetapi Turkiye ini berbeza, mungkin dahulu zaman pemerintahan Melaka ada berhubung dengan Turkiye malah hasil semakan kita, memang ada sebut negara kita dalam lipatan sejarah negara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping dekat sini hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata usaha mendapatkan sesuatu bahan memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
"Tahun ini kita turut tumpukan kerjasama dengan institusi arkib di UK namun bahan arkib dianggarkan bernilai RM1.82 juta dan hanya akan diperoleh secara digital sepenuhnya.
"Jika kita mahu lakukan sendiri kita perlu membiayai kos perjalanan, membeli bahan arkib termasuk melantik pakar rujuk, kos akan menjadi lebih tinggi hingga mencecah RM3 juta hingga RM4 juta selain mengambil masa yang panjang," katanya.
Selain itu Jaafar Sidek berkata aktiviti pendigitalan penting dalam usaha memulihara khazanah serta memberi ruang dan peluang untuk menyebarluaskan maklumat secara terus di hujung jari.
Sementara itu beliau berkata setakat Mei lepas, terdapat 132,489 bahan fail dan bukan fail berkenaan negeri Perak dengan 389 bahan daripadanya adalah mengenai Taiping tersimpan di ANM Perak yang boleh diakses dan dirujuk penyelidik dan orang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Jaafar Sidek (kiri) menyampaikan Buku Cheritera Perak kepada Tokoh Pembicara dan Penulis Buku 150 Tahun Taiping Mohd Zamberi Abdul Malik (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping (1874-2024) hari ini. - Gambar Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan keberdayaan bahasa komuniti
Ia diharap dapat mengumpulkan dan mendokumentasikan maklumat mengenai bahasa kolokial supaya ia kekal terpelihara.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Arkib Negara giat jejak bahan arkib di luar negara
Arkib Negara Malaysia (ANM) giat menjejak dan memperoleh bahan arkib yang berada di luar negara bagi melindungi hak serta kepentingan negara.

Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China
Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.

Arkib Negara kerjasama dengan arkib Britain, Belanda, Portugal kumpul dokumen lama
Arkib Negara Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi arkib di Britain, Belanda dan Portugal dalam usaha mengumpul bahan bersejarah.

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.

Pameran Eksklusif Tugu Negara ingati Tunku Abdul Rahman bermula hari ini
Sempena mengingati peranan dan sumbangan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra, Arkib Negara menganjurkan Pameran Eksklusif Tugu Negara dan Bicara Negara di Memorial TAR.

Watikah pemasyhuran, meja kayu dan bendera antara koleksi sejarah Hari Malaysia
Banyak khazanah tinggalan sejarah Hari Malaysia sebenarnya masih disimpan rapi demi mempertahankan kedaulatan negara.

Rombongan Ongkili ke London untuk kaji dokumen MA63
Datuk Seri Maximus Ongkili itu akan berkampung di Arkib Negara, London selama seminggu bagi mengkaji lebih 300 dokumen berkaitan MA63 yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen sulit.

Ekplorasi Negarawan #klikdijari perkasa pengukuhan jati diri bangsa - Nancy
Pemahaman mengenai tokoh negarawan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda, masyarakat tempatan serta luar negara.