SUBANG JAYA: Seorang artis lelaki yang popular sekitar tahun 80-an ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat mangsa yang berumur 14 tahun kira-kira jam 3 petang.
"Siasatan awal berdasarkan laporan mangsa mendapati kejadian pertama berlaku pada Ogos 2020 di rumah rakan ibu mangsa di Kondominium Puchong Prima di Puchong melibatkan seorang suspek yang dikenali sebagai Atok.
"Dua lagi kejadian berlaku pada bulan Oktober dan November 2020 di rumah suspek sendiri di Taman Perumahan Puchong Prima di Puchong," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata, kejadian sama sekali lagi berlaku pada Januari lalu, bagaimanapun mangsa hanya mendiamkan diri kerana takut.
"Mangsa yang masih dalam belajar di Tingkatan Dua kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
"Berikutan laporan tersebut, suspek telah ditahan di pekarangan Balai Polis USJ 8, Subang Jaya kira-kira jam 11 malam Rabu," kata beliau.
Tambah beliau, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana menghidap penyakit jantung.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," jelasnya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan
Sinar Harian
Sun Jul 25 2021
Mangsa yang masih dalam belajar di Tingkatan Dua membuat laporan polis pada Rabu. - Gambar hiasan
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Filipina lancar komik perangi kempen maklumat palsu
'The Stories of Teacher Jun' menangkis kempen maklumat salah oleh China yang didakwa bertujuan mempertahankan tuntutan di Laut China Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
Hanna Rauda meningkatkan seni warisan dalam fesyen moden
Hanna Rauda bermula pada tahun 2016 yang telah berkembang daripada hanya menerima tempahan baju kustom menjadi jenama fesyen terkenal dengan koleksi sulaman ready-to-wear.
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan
Seorang artis lelaki yang popular sekitar tahun 80-an ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Rabu.