KUALA NERUS: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini yang meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat pendarahan dalam kepala dikatakan sempat merangkak ke bilik tidur ibu bapanya untuk meminta tolong agar dihantar ke hospital.
Bapanya Mohd Rizaini Ghazali, 51, berkata kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit.
"Cuma beberapa hari kebelakangan ini arwah ada mengadu sakit kepala... kira-kira pukul 5 pagi semalam abang ngah (panggilan untuk Muhammad Adham Hazim) merangkak ke bilik saya dan isteri (Ros Fazilah Salleh, 46).
"Abang ngah mengadu kepalanya terlalu sakit dan meminta kami membawanya ke hospital. Kami terpaksa meminta pertolongan jiran untuk mengangkat abang ngah ke kereta," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini hari ini.
Muhammad Adham Hazim, 21, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang disahkan meninggal dunia pada jam 10.52 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mohd Rizaini berkata doktor memaklumkan bahawa hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap Muhammad Adham Hazim menunjukkan dua urat pada bahagian belakang dan atas kepalanya putus hingga berlaku pendarahan.
Katanya, arwah sebelum ini gemar tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan dan mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir dua minggu lagi.
" Abang ngah seorang yang suka belajar dan setiap hari beliau akan membahagikan masa belajar serta mengendalikan perniagaan atas talian yang dilakukan secara sambilan," katanya.
Jenazah Muhammad Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh pada jam 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021

Mohd Rizaini Ghazali menunjukkan gambar anaknya Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang yang meninggal dunia akibat pendarah dalam kepala. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans

Dua pelajar UiTM maut kereta bertembung treler
Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 70, Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.