SIBU: Ladang ternakan yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di sini, akan ditutup dan semua ternakan dimusnahkan serta dikurangkan jumlahnya, manakala bangkai babi dilupus dengan cara ditanam di dalam kawasan ladang.
Ini dilakukan selepas ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) oleh Makmal Diagnostik Veterinar negeri pada Isnin mengesahkan bahawa sampel yang diambil dari tiga ladang belakang rumah di Durin, 38 kilometer dari sini, positif penyakit tersebut.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah menggerakkan kakitangannya bagi menentukan tahap rebakan wabak itu dan mengambil semua tindakan yang perlu bagi membendung penyakit daripada merebak ke ladang babi yang lain," kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata tiada rawatan atau vaksin tersedia untuk merawat atau mengawal ASF, yang sangat ganas dan mudah berjangkit tetapi tidak berbahaya kepada manusia serta bukan penyakit zoonosis.
Bagaimanapun, menurutnya penyakit tersebut boleh membawa kerugian serius kepada penternak dan memberi kesan kepada keselamatan makanan.
Rundi berkata kementeriannya dan DVSS telah mengadakan beberapa libat urus dengan penternak babi supaya mereka meningkatkan biosekuriti ladang masing-masing termasuk menghalang orang luar datang melawat ladang.
Katanya pengawasan klinikal dan serologi sedang dijalankan dengan spesimen diambil untuk diagnosis makmal.
"Kami juga menasihatkan penternak babi supaya tidak memberi makan ternakan mereka dengan sisa makanan dari restoran atau dapur kerana virus ASF dalam produk daging babi yang tercemar dapat bertahan dalam proses memasak dan menjadi sangat tahan, selain boleh menyebabkan jangkitan ASF pada babi," kata Rundi.
Beliau berkata Bahagian Kawal Selia DVSS akan terus menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan daging dan produk babi yang diimport adalah dari negara bebas ASF.
Pada masa ini, pengimportan daging dan produk babi ke Sarawak dari negara yang dijangkiti penyakit tersebut termasuk dari Semenanjung dan Sabah, telah diharamkan.
"DVSS akan terus melakukan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan dan kedai bagi memastikan daging dan produk babi yang dibawa masuk secara haram tidak dijual kepada orang ramai. Semua import mesti memerlukan permit import dan penyeludup akan dikenakan tindakan tegas di sisi undang-undang," katanya.
Bagi mengelak ia merebak ke bahagian lain di Sarawak, Rundi memohon kerjasama daripada semua pihak berkepentingan terutamanya penternak babi untuk meningkatkan kewaspadaan dan biosekuriti ladang mereka.
Mereka boleh menghubungi pejabat DVSS berhampiran atau WhatsApp ke talian hotline Bahagian Kawal Selia di 016-284 0918 jika ada sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022

Tiada rawatan atau vaksin tersedia untuk merawat atau mengawal ASF yang sangat ganas dan mudah berjangkit. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pemandu lori maut dalam kemalangan disyaki mengalami serangan jantung
Kenderaan pacuan empat roda yang berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori.

Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik
Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri.

Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah amanah lebih RM263,000
Seorang bekas petugas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM263,296.12.

Polis berkas lelaki ugut dan ancam Baby Shima di media sosial
Lelaki berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan pada jam 9.15 malam dan telefon pintar miliknya dirampas.

Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 petang semalam.

PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.

KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.

Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.