KUALA LUMPUR: Aspek kebebasan media yang menjadi antara tunjang demokrasi, secara keseluruhannya menunjukkan perubahan memberangsangkan di negara ini.
Tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaaffar berkata lonjakan besar dari aspek itu dilihat berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.
"Kita harus faham tiada kebebasan mutlak dalam dunia media, di mana-mana pun tiada. Tetapi secara keseluruhannya, ada perubahan sangat baik berlaku selepas 2018, ada kebebasan yang agak memberangsangkan dari segi media," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, soal kebebasan media perlu bermula dengan iltizam pihak kerajaan untuk media melakukan peranannya sebagai tunggak keempat selepas legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Johan berkata mana-mana media tidak wajar dianggap sebagai menentang kerajaan apabila mereka menyiarkan artikel-artikel yang dilihat kritikal terhadap polisi atau tindakan diambil pihak kerajaan.
Berdasarkan Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan kumpulan bukan berasaskan keuntungan Reporters Without Borders (RSF), Malaysia menduduki tempat ke-113 dari 180 negara, naik enam anak tangga dari tahun sebelumnya.
Menerusi indeks itu, Malaysia menduduki ranking tertinggi dalam kalangan negara ASEAN, mendahului Thailand (115), Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam ( 174) dan Myanmar (176).
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilapor berkata kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan dengan baik.
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bakal diadakan di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei ini turut mengangkat tema 'Media Bebas dan Selamat, Tunjang Demokrasi' untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dan juga keselamatan wartawan dalam menjalankan tugas mereka.
Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata suara media penting dalam memastikan perkara berkepentingan masyarakat diberikan perhatian seperti isu kenaikan harga barangan.
Bagaimanapun, beliau berkata kebebasan media harus dipraktikkan sewajarnya terutama dalam membantu mewujudkan satu bentuk minda keselamatan kepada masyarakat.
"Ini adalah perkara yang penting bagi memastikan negara kita dijaga daripada isu-isu berhubung dengan sensitiviti perkauman, keselamatan dan sabotaj ekonomi," katanya.
Sementara itu, Koordinator Latihan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) Imran Noordin menyambut baik keputusan memasukkan elemen 'selamat' dalam tema HAWANA 2023 memandangkan cabaran perlu dihadapi wartawan kini telah bercambah dan bukan semata-mata berbentuk ancaman keselamatan fizikal sahaja.
"Cabaran kepada wartawan telah mencambah, bukan lagi semata-mata di tempat kerja tetapi menjurus kepada ancaman seperti buli siber dan ugutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaaffar berkata lonjakan besar dari aspek itu dilihat berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018. - Fail/BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.