BENTONG: Masalah berkaitan pesakit yang terpaksa menunggu lama sehingga ada yang pulang tanpa mendapat rawatan di Hospital Bentong, menarik keprihatinan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Young Syefura menegaskan, isu itu telah dibangkitkan beliau dalam ucapan perbahasan Titah Diraja pada sidang Dewan Rakyat dan mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin.
"Saya ambil maklum mengenai keadaan ini, apabila ada pesakit terpaksa menunggu lama, sehingga ada yang pulang tanpa mendapatkan rawatan seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada hari ini (Ahad).
"Malah, saya juga telah membangkitkan perkara ini di dalam ucapan perbahasan Titah Diraja dan telah mendapat respon daripada Menteri Kesihatan dalam ucapan penggulungan beliau," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti trend peningkatan kehadiran pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma, dengan salah satu faktor adalah kesan daripada pandemik COVID-19 iaitu kes-kes seperti penyakit tidak berjangkit (NCD) dan komplikasinya semakin hari semakin meningkat.
Tambahnya lagi, walaupun kakitangan kesihatan terutamanya doktor dan pegawai perubatan di Hospital Bentong telah ditambah, namun, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang hadir di hospital terbabit.
"Selain itu, faktor waktu perkhidmatan klinik-klinik swasta yang tamat seawal pukul 5 petang juga, menjadikan pesakit tiada tempat lain untuk mendapatkan rawatan melainkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Bentong.
"Saya juga telah mendapat jawapan lisan Menteri Kesihatan pada waktu itu, beliau juga memaklumkan bahawa KKM akan menambah sebanyak 1,500 jawatan baharu dan saya berharap agar kekurangan pekerja kesihatan di Hospital Bentong dapat diisi," kata Young Syefura lagi.
Dalam masa sama, beliau akan mengemukakan cadangan pembinaan sebuah fasiliti kesihatan di daerah tersebut kepada KKM.
“Saya akan memanjangkan isu pembinaan Hospital Bentong yang baharu di Chinta Manis kepada KKM supaya ia dapat dibina dengan segera bagi memastikan fasiliti kesihatan di Bentong ini lebih selesa dan kesesakan serta waktu menunggu dapat diselesaikan,” ujarnya.
Azee Shafy
Sun Feb 26 2023
![Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676226742_YoungSyefuraOthman.jpg)
Masalah berkaitan pesakit yang terpaksa menunggu lama sehingga ada yang pulang tanpa mendapat rawatan di Hospital Bentong, menarik keprihatinan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman. - Gambar fail
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan meenrbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing serta force down bagi membuktikan kesiapsiagaan ketumbukan itu mempertahankan ruang udara negara.
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
![Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738927587_MahkamahKangarGag.jpg)
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
![Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738927525_Duapekerjamelecur.jpg)
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
![Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738927082_plane.jpg)
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676226742_YoungSyefuraOthman.jpg)
Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong
Masalah waktu menunggu lama di Hospital Bentong sudah dibangkitkan Young Syefura dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
![Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620682476_GARISANPOLIS.jpg)
Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel
Mangsa berusia 32 tahun menginap di hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun ini.
![Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambat Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607180705_SuptZaihamMohdKah.jpg)
Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambat
Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya.
![Lapan anggota polis loya, muntah selepas terhidu bahan kimia Lapan anggota polis loya, muntah selepas terhidu bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564391286_DATUKSERIDRDZULKE.jpg)
Lapan anggota polis loya, muntah selepas terhidu bahan kimia
Lapan anggota polis mengalami simptom loya dan muntah selepas melakukan pemantauan di tapak lokasi penemuan 15 tong dram berisi bahan kimia di Ladang Felcra Sempa dekat Karak.