KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa rakyat Malaysia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April.
"Antara syarat pelantikan adalah calon hendaklah berusia tidak lebih 27 tahun pada 31 Disember tahun ini," menurut kenyataan itu.
Selain itu, calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan pegawai perubatan ATM di samping mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
ATM memaklumkan calon juga harus lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.
"Calon juga harus lulus Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif 2.70 iaitu 65.5 peratus ke atas. Antara senarai jurusan yang memenuhi keperluan perkhidmatan adalah Sains Komputer, Perhubungan Awam dan Undang-undang," menurut kenyataan itu.
Calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat, Port Dickson di Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1, Lumut di Perak dan Sekolah Latihan Pegawai, Akademi Tentera Udara, Alor Setar di Kedah.
Menurut ATM, calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan perkhidmatan dari masa ke masa.
"Calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan ketenteraan di kolej perkhidmatan masing-masing manakala Pegawai Kadet yang lulus akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan pangkat Lt Muda," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Antara syarat pelantikan adalah calon hendaklah berusia tidak lebih 27 tahun pada 31 Disember tahun ini. - Facebook Angkatan Tentera Malaysia
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut
Pegawai dan anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyembunyikan bukti berkaitan kes kemalangan maut di Tawau pada Januari tahun lepas.
Pegawai tentera dituduh buat tuntutan palsu bayaran kelas UPSR, PT3
Seorang penjawat awam badan beruniform mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM4,345 bagi kelas bimbingan UPSR dan PT3.
Kolonel tentera, pegawai kanan polis maut serangan militan
Ketika pertempuran berlaku, mereka sedang menjalankan operasi anti-pemberontak di daerah Anantnag.
ATM pelawa rakyat Malaysia yang layak untuk jadi pegawai tentera
Antara syarat pelantikan adalah calon hendaklah berusia tidak lebih 27 tahun pada 31 Disember tahun ini.
Dua pegawai tentera dipenjara 30 tahun bunuh anggota wanita
Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak AS$25,000 setiap seorang.
Sebelum pergi selamanya, dia macam nak jauhkan diri daripada saya - Nour Shafinar
Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, dalam panggilan terakhirnya dia meluahkan rasa sayang dan rindu kepada suaminya.
Rasuah: Pegawai dan anggota tentera direman 7 hari
Dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah.