TERLETAK di banjaran Karakoram, Pakistan, terdapat sebuah lembah yang dahulunya tertutup dari dunia luar. Lembah Hunza, sebuah lembah yang pernah menjadi salah satu bandar perdagangan utama di Laluan Sutera
Terlalu banyak kisah menarik tentang lembah ini, salah satu yang kami ingin kongsikan kali ini adalah tentang warganya di sini yang mempunyai umur yang panjang.
Apabila kita ke sini jangan terkejut melihat ramai warga emas yang berumur lebih 100 tahun. Apabila kita melawat keluarga mereka, boleh dilihat ramai keluarga mempunyai empat generasi, dari moyang sehingga ke cicit.
Our food is our medicine, begitulah 'cogan kata' mereka di sana. Aprikot, ceri, epal dan badam adalah antara tanaman utama mereka.
Sumber daging pula mereka dapatkan daripada kambing dan yak yang dibela tanpa sebarang suntikan (perangsang pembesaran) dan haiwan-haiwan itu malah memakan pucuk rumput yang segar di atas gunung.
Makan makanan organik yang ditanam dan dibela sendiri, air bersih datang dari cairan glasier di puncak gunung, tiada pencemaran udara, tiada tekanan hidup membayar hutang, dan tiada kesesakan lalu lintas, tak hairan sekiranya penduduk di sini murah dengan senyuman, mesra menyapa dan umur panjang.
Apabila team RareTV & Rarecation ke sini, kami sendiri melihat dengan mengapa pengembara Eropah mengelar tempat ini heaven on earth. Kualiti hidup dan ketenangan yang ada di sini yang mereka cari kerana hampir tiada lagi di bandar-bandar besar.
Inilah salah satu perkara menarik apabila kami ke sini. Jika ingin lihat lebih lagi tentang Lembah Hunza ini, ikuti pengalaman penulis dalam video travelog YouTube RareTV.
RareTV
Sat Apr 15 2023
Pelbagai faktor persekitaran di Lembah Hunza mendorong kepada gaya kehidupan lebih sihat dan usia yang lebih panjang. - RareTV
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Teroka rahsia Gilgit-Baltistan: Ghairah gunung, Lembah Hunza dan tenaga Indus
Seruan pelancongan yang eksotik, 'rugged' dan mempesonakan di wilayah pergunungan utara Pakistan ini menjadi dambaan jutaan pengembara dunia.
AWANI-RareTV: Umur 100 tahun di Lembah Hunza sangat lazim
Pelbagai faktor persekitaran di Lembah Hunza mendorong kepada gaya kehidupan lebih sihat dan usia yang lebih panjang.