SEREMBAN: Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi 'posting' atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19, dipatuhi.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.
"Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.
"Kalau pasukan menerima 'posting' gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di SJR Tol Senawang hari ini.
Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Polis akan melakukan pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan SOP dipatuhi. - Gambar fail
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
Ugutan tidak terbit artikel satu rasuah - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menilai kes seorang wartawan portalberita yang ditahan kerana didakwa meminta rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Lebaran AWANI: Riza, Michelle kongsi peluang pendidikan percuma TVET di Jerman
Masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu polisi akses pendidikan percuma di Jerman, yang wujud daripada prinsip pendidikan adalah hak sejagat

PM syukur rakyat Malaysia raikan Aidilfitri dalam keadaan tenang
Beliau berkata rakyat Malaysia masih boleh bersama keluarga terdekat dan boleh berhubung dengan mereka yang jauh menerusi telefon.

'Jalan roti nan' di Turpan jadi tumpuan sempena Aidilfitri
Selepas pengubahsuaian dilaksanakan oleh kerajaan tempatan, tempat tinggal bagi 76 keluarga menjadi laluan komersial yang turut menarik kedatangan ramai pelancong dalam dan luar negara.

Atlet negara sambut Aidilfitri secara sederhana di kem latihan
Atlet yang sedang membuat persiapan untuk Sukan Olimpik di Tokyo Julai ini dan Sukan SEA Hanoi pada November ini mula menjalani latihan secara kuarantin sejak minggu lepas.

Syukuri nikmat yang ada di sebalik cabaran - Muhyiddin
Beliau mengajak setiap umat untuk terus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas Rejim Zionis.

Ingin sambut Aidilfitri, 6 tahanan panjat pagar lari dari depoh tahanan
Keinginan menyambut Aidilfitri di luar dipercayai menjadi punca enam tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal, di sini, nekad melarikan diri, pagi tadi.

Awas! Polis pantau 'posting' raya dalam Facebook
Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi 'posting' atau hantaran masyarakat dalam media sosial.

Umat Islam Pulau Pinang syukur dapat solat sunat Aidilfitri secara bergilir
Peluang mengadakan solat sunat Aidilfitri secara bergilir sebanyak tiga sesi melengkapkan impian jemaah.

Yang di-Pertua Pulau Pinang solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri
Ahmad Fuzi diiringi isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Raya PKP disambut sederhana, kemeriahan masih terasa
Hari pertama Syawal dalam suasana PKP buat kali kedua, kemeriahannya masih terasa meskipun tidaklah sehebat sewaktu dunia bebas daripada COVID-19.