KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Awie akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis susulan video tular yang memaparkan beliau menyanyikan lagu sambil dikelilingi beberapa individu di sebuah majlis berbuka puasa di Melaka pada Jumaat lalu.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka esok untuk memberi keterangan.
"Saya akan ke Melaka esok untuk beri keterangan di IPK Melaka, Insya-Allah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas berkenaan kejadian itu, vokalis utama kumpulan Wings itu menjelaskan, tindakan itu merupakan reaksi spontan beliau ketika meraikan penarik beca dalam program tersebut.
"Apabila sudah habis makan, mereka nak suruh saya nyanyi, tapi tak ada peralatan untuk nyanyi. Jadi mereka mainkan video.
"Jadi apabila video dimainkan, penarik beca ini jarang jumpa (artis), inilah kali pertama artis meraikan mereka, jadi saya bangunlah sekali. Jadi apabila mereka sudah ramai-ramai itu, saya bangun, tapi bukanlah rapat dengan mereka.
"Cuma video itu bahagian depan, saya tahu siapa yang ambil video itu dan kita pun sudah pesan, jaga SOP (prosedur operasi standard) semua. Segala SOP kita ikutlah, cuma pada ketika itu ia seperti mereka (penarik beca) macam menghargai apa yang saya buat.
"Jadi saya bangun sekejap dengan mereka, tidak sampai seminit pun, sekejap sahaja," jelasnya.
BACA: Didakwa langgar SOP, Awie akan dipanggil beri keterangan
Dalam masa sama, Awie meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang terus menghukum beliau tanpa mengetahui situasi sebenar kejadian ketika itu.
"Jangan ambil kesempatan di media sosial (berdasarkan apa) yang keluar sedikit itu untuk menghentam, kalau tidak tahu apa yang sebenarnya.
"Kita di peringkat awal, kita sudah ikut SOP, kita ada semua sekali apa yang kerajaan minta memang kita sudah buat.
"Mana-mana netizen yang ambil kesempatan untuk hentam saya tanpa tahu cerita, yang sebenarnya, tidak mengapa dan saya maafkan mereka di bulan Ramadan dan bulan Syawal menjelang tiba ini, saya maafkan semua. Tidak ada masalah," katanya.
Beliau pada masa sama sedia menerima sebarang tindakan susulan oleh pihak PDRM susulan video yang tular itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No 3 2021.
Video berdurasi 42 saat itu memaparkan Awie dan beberapa individu lain melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika menghadiri majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 09 2021

Awie kecewa terhadap segelintir individu yang terus menghukum beliau tanpa mengetahui situasi sebenar kejadian ketika itu. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.

Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.

PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.

'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.

Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.

Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.

Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.