KUALA LUMPUR: Anak bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, memberitahu bapanya meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
Kapten Abdul Rahmat Omar, berkata Allahyarham pernah bertanya kepadanya dan adik-beradik yang lain sama ada beliau terlalu mengutamakan tugas sehingga mengabaikan masa bersama mereka.
“Pendek kata hal negara memang nombor satu, baru keluarga. Arwah ayah juga pernah tanya dengan kami adakah dia abaikan masa dengan anak-anak. Soalan ini diajukan selepas arwah sudah bersara.
“Ini kerana ketika menggalas tanggungjawah sebagai KPN, arwah sangat sibuk menjalankan tugas di lapangan,” katanya sebak ketika ditemui Astro AWANI di Masjid Negara hari ini.
Menceritakan lanjut, katanya mereka memahami tanggungjawab besar dipikul Allahyarham ketika itu.
Beliau berkata, Allahyarham juga berpesan sekiranya dijemput Illahi, beliau tidak mahu diberi penghargaan secara besar-besaran.
“Itu pesanan yang saya masih ingat. Arwah bukan seorang individu yang mementingkan hal-hal begini.
“Tetapi sekiranya pihak kerajaan mahu memberi penghargaan, kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini.
Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Faida Rahim
Sat Apr 20 2024

Abdul Rahmat Omar ditemui selepas solat jenazah Allahyarham di Masjid Negara hari ini.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.

TPM, menteri ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Timbalan Perdana Menteri dan menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi ini.

Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.

Tun Hanif kesal dengan 'gerakan' memburuk dan menghancurkan negara
Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyuarakan kesedihan terhadap 'gerakan' sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu-isu yang tidak timbul termasuk kedudukan raja-raja.