Skip to main content

Malaysia

Ayam disyaki mati sebelum disembelih: Dedahkan nama syarikat, pengedar - Radzi

Mohd Radzi berkata pendedahan itu penting susulan laporan polis bahawa ayam dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih. - Foto Facebook/Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata pendedahan itu penting susulan laporan polis bahawa ayam dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih. - Foto Facebook/Radzi Jidin

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menggesa pihak berkuasa segera mendedahkan identiti syarikat yang mengendalikan pusat pemprosesan ayam di Puchong, Selangor, yang disyaki memproses ayam tanpa mematuhi hukum syarak.

Beliau berkata, pendedahan itu penting susulan laporan polis bahawa ayam dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih.

Lebih membimbangkan, ayam yang diproses di premis berkenaan dipercayai diedarkan ke restoran, kedai runcit dan pasar raya di sekitar Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putra Perdana serta Putrajaya.

Advertisement

“Rakyat berhak mengetahui nama pengusaha, nama syarikat, lokasi sebenar pusat pemprosesan, nama pengedar serta ke mana ayam tersebut dibekalkan atau dijual kepada pengguna,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Advertisement

Radzi turut menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu mempercepatkan siasatan dan mendedahkan maklumat berkaitan kepada orang awam.

“Ini soal kepentingan pengguna, khususnya umat Islam,” tegasnya.

Terdahulu, Op Taring Chiller di sebuah gudang di Puchong menyaksikan 12 lelaki warga asing ditahan dan sebanyak 6,555 kilogram ayam mentah bernilai kira-kira RM85,400 dirampas.

Premis berkenaan disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam tanpa sijil halal yang sah.

 

 

Must Watch Video

Advertisement