ALOR GAJAH: Walaupun hanya beroperasi setiap Jumaat dan Ahad, kedai Ayam Percik Hutan Percha di sini mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan penggemar makanan berkenaan dari dalam dan luar Melaka.
Pemilik perniagaan itu Hassan Saad, 65, yang telah mengusahakan jualan berkenaan sejak 15 tahun lepas bermula di pasar malam berkata ayam perciknya mampu dijual hingga 300 batang sehari.
Beliau berkata perniagaan berkenaan yang dijalankan bagi menampung pendapatannya sebagai penoreh getah, kini diusahakan di rumahnya di Jalan Bunga Raya, Hutan Percha di sini bermula 11 pagi hingga 7 malam.
"Ibarat saya berniaga main-main... dua kali seminggu sahaja. Alhamdulillah perniagaan ini masih bertahan sehingga hari ini dan kita mempunyai pelanggan tetap, antara orang kenamaan yang sering singgah ke sini setiap kali ke Melaka ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Sebelum ini, saya berniaga di pasar malam tetapi nak harapkan orang kampung (membeli) pun tak ramai.
"Saya menerima banyak tempahan dari dalam dan luar Melaka sebelum ini tetapi sekarang memang tidak larat untuk ambil (banyak tempahan)," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Santai Makan-Makan Bersama Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem pada Ahad.
Hassan berkata beliau dibantu isteri, Rosnani Ali, 55, serta dua pembantu manakala pembuatan ayam percik itu masih menggunakan arang.
Beliau berkata keistimewaan Ayam Percik Hutan Percha ialah pada kuahnya dan resipi kuah tersebut dibelinya daripada seorang kenalan dari Kelantan sebelum diolah mengikut cita rasanya terutama dari aspek kepedasan.
Menurut Hassan antara cabaran yang dihadapinya dalam mengusahakan perniagaan itu ialah peningkatan harga barangan termasuk bahan membuat kuah ayam percik dan ayam mentah.
"Saya masih usahakan untuk tidak menaikkan harga iaitu RM3.50 untuk sebatang ayam percik. Ikutkan harga bahan buat sos lebih mahal daripada harga ayam tetapi saya bukan nak ambil untung banyak, tidak boleh buat harta dengan berniaga macam ini," katanya.
Hassan mengalu-alukan individu yang ingin belajar dan membeli resipi ayam percik berkenaan daripadanya terutama mereka yang benar-benar ingin berniaga atau menambah pendapatan.
Sementara itu, Farah Huda Sahiran, 26, dari Batu Berendam di sini berkata beliau bukan penggemar ayam percik tetapi keistimewaan kuah dan ayam tersebut membuatkannya kini menjadi seorang daripada pelanggan kedai tersebut.
Menurut Farah Huda walaupun baharu mengenali kedai tersebut kira-kira dua bulan lepas, beliau telah lebih dua kali ke premis itu untuk menikmati juadah tersebut.
"Rasa kuah ayam percik ini memang sedap... cukup rasa dan pedas, yang penting tidak manis. Ayamnya juga tidak kering dan harga memang berbaloi dengan saiznya," katanya.
Sementara itu, Ngwe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya berkata Ayam Percik Hutan Percha akan diangkat sebagai satu daripada produk ikon kampung berkenaan dan promosi tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.
"Secara peribadi, Ayam Percik Hutan Percha mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi rasa terutama kuahnya selain harganya juga murah walaupun kebanyakan harga barangan telah naik termasuk ayam," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti produk lain keluaran penduduk di kawasan Machap Jaya yang akan diperkenalkan sebagai ikon kampung masing-masing dalam usaha menarik kedatangan pelancong, menambah produk pelancongan baharu di negeri ini dan membantu meningkatkan pendapatan pengusaha.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Ngwe Hee Sem (kiri) bersama Hassan Saad membakar ayam percik menggunakan arang pada Program Santai Makan-Makan. -Bernama
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Ayam Percik Hutan Percha dapat sambutan menggalakkan
Hassan Saad, 65, yang telah mengusahakan jualan berkenaan sejak 15 tahun lepas bermula di pasar malam berkata ayam perciknya mampu dijual hingga 300 batang sehari.