UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun

Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.

Astro Arena
Fri Nov 03 2023
Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.- Foto Stadium Astro
'AZEEM macam tidak percaya.. dia terkejut dan tidak sangka di usia muda begini dia boleh dianugerahkan Anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang tentunya menjadi motivasi terbaik buatnya mencari slot ke Sukan olimpik Paris tahun depan,' kata Mohd Fahmi Tajuid, bapa kepada atlet kebangsaan itu.

Menurut Mohd Fahmi lagi, Azeem tidak akan pulang untuk menerima hadiah itu kerana sibuk meneruskan program latihan dan urusan pengajiannya di Universiti Auburn, Amerika Syarikat.

Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak, pemenang dua gangsa Sukan Asia Hangzhou acara 400 meter dan 4x100 meter, Shereen Samson Vallabouy dan Muhammad Syafiq Puteh yang turut meraih gangsa di Hangzhou menerusi acara 3 meter papan anjal dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) iaitu Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Ketiga-tiga atlet tersebut adalah antara 33 penerima PJK yang akan dianugerahkan pingat yang tidak membawa gelaran itu dalam Istiadat penganugerahan bagi sesi kedua yang akan berlangsung pada 18 November ini di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
 
#Azeem Mohd Fahmi#pingat jasa kebaktian#Keputeraan Ke-67 Sultan Perak#Sukan Asia Hangzhou
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun

Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif

JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor

Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea

Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump

Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan

AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM

#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM

Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025

1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura

#awaniringkas
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China

Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo

Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo

Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran

Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan  perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.