Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini bergelar ADUN Bebas kini sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Sabtu.
ADUN Lunas, Azman Nasrudin menjelaskan tindakan yang dilakukan bersama ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee adalah bagi mengikut jejak langkah yang dilakukan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyertai parti berkenaan 22 Ogos lalu.
BACA: Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN
Tambahnya, kedua-dua mereka yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah turut menzahirkan sokongan penuh keatas kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat dan Muhammad Sanusi Md Nor di peringkat negeri.
"Insyaallah saya telah berhubung dengan kepimpinan Bersatu negeri Kedah bahawa kita akan berbincang untuk kukuhkan dan mantapkan lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri Kedah.
"Insya-Allah kami daripada anggota PKN (Penggerak Komuniti Negara) bersedia menerima arahan daripada Tan Sri Muhyiddin dan (Pengerusi Bersatu Kedah) Datuk Suhaimi (Abdullah).
"Ya (sudah maklum). Saya dan YB Robert secara sahnya adalah ADUN daripada Bersatu," kata Azman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara Kedah di Alor Setar, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Azman turut menjelaskan pihaknya menjangkakan sekitar 10,000 ahli Penggerak Komuniti Negara di Kedah akan turut menyertai Bersatu dalam masa terdekat termasuk dalam kalangan kaum Cina dan India.
Pada 12 Mei lalu, Azman dan Robert mengesahkan telah keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong pembentukan kerajaan PN di peringkat negeri.
Perubahan terbabit menjadikan kerajaan PH campur Bersatu yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang majoriti di peringkat DUN Kedah.
Kedudukan terkini komposisi DUN Kedah adalah merangkumi 15 ADUN daripada Pas, UMNO (2 kerusi) dan Bersatu dengan enam kerusi.
Abd Hadi Che Awang
Sat Sep 05 2020
![Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589261120_FBREAKinsertname.jpg)
Azman Nasrudin dan Robert Ling Kui Ee ketika mengumumkan keluar PKR pada 12 Mei 2020. -Gambar fail
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
![Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589261120_FBREAKinsertname.jpg)
Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu
Azman menjangkakan sekitar 10,000 ahli Penggerak Komuniti Negara di Kedah akan turut menyertai Bersatu dalam masa terdekat termasuk dalam kalangan kaum Cina dan India.
![Kerajaan PH Kedah tumbang? Kerajaan PH Kedah tumbang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589261120_FBREAKinsertname.jpg)
Kerajaan PH Kedah tumbang?
Kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.
![ADUN Lunas tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang Padang Serai ADUN Lunas tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61399178112_295x200.jpg)
ADUN Lunas tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang Padang Serai
Ahli biasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), M. Karupaiya menang jawatan ketua cabang Padang Serai dengan majoriti 109 undi menundukan dua lagi pencabar.