KUALA LUMPUR: Hampir ke penghujung hari pertama Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas pada Isnin, isu kluster tempat kerja yang didakwa punca peningkatan kes COVID-19 di Malaysia hangat dibahaskan.
Perbahasan menjadi lebih hangat selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak - Bersatu) bangkit menunjukkan data berkaitan kluster berkenaan menerusi kad yang dibawanya.
Tindakan itu membuatkan Gobind Singh Deo (Puchong - DAP) bangun dan mendakwa tidak dapat membaca apa yang dibawa Mohamed Azmin dan berlaku sedikit pertikaman lidah.
Selepas keadaan sedikit reda, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menyambung semula hujahnya.
“Dari 1 Jun hingga 23 Julai 2021, ini adalah data CPRC dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuktikan dalam tempoh berkenaan ada 408,134 kes. Ada 1,203 kluster.
“35,968 kes baharu daripada 408,134, hanya 8.8 peratus sahaja daripada kes yang berlaku dalam tempoh berkenaan,” katanya.
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI
BACA LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Beliau kemudian turut menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum itu berkongsikan data berkaitan kluster tempat kerja.
“Saya nak tegaskan sekali lagi, nak bentangkan hujah apatah lagi datang daripada Ketua Pembangkang, ini bukan Ketua Ranting, ini kononnya bakal Perdana Menteri.
“Bentangkanlah fakta, bentangkanlah bukti. Jangan nak merapu, ini bukan ceramah,” katanya yang kemudiannya sekali mencetuskan sedikit kekecohan.
Anwar kemudian bangun dan menjawab hujah daripada Azmin.
“Saya nak jelaskan di sini kerana menteri nampak emo (beremosi) tadi. Saya tak beri fakta lain selain dari yang Ketua Pengarah Kesihatan beri.
“Janganlah panik tak tentu arah. Ada salah besarlah tu kalau panik sebegitu,” katanya.
Ridauddin Daud
Mon Jul 26 2021

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika hadir ke Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas pada Isnin. - Gambar BERNAMA
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.