Polis telah menahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Menurut Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.
"Memandangkan siasatan lanjut perlu diteruskan atas ugutan untuk serang balai polis, beliau akan direman di Mahkamah Klang jam 9.00 pagi esok (Khamis).
"Disamping itu beliau juga akan disiasat dibawah Sek 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Azwan dilaporkan mengancam mahu menyerang Balai Polis Klang jika pihak menyebabkan rusuhan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman, USJ25tidak ditangkap.
Azwanddin juga menggelar menteri perpaduan P Waythamoorthy sebagai “paria” dan mengaitkan Menteri Industri Utama Teresa Kok dengan kontroversi rumah ibadat lama itu.
Astro Awani
Wed Dec 26 2018
Azwanddin juga menggelar menteri perpaduan P Waythamoorthy sebagai -paria- dan mengaitkan Menteri Industri Utama Teresa Kok dengan kontroversi rumah ibadat lama itu. - Gambar fail
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Azwanddin mengaku tidak bersalah beri ucapan berhubung Peristiwa 13 Mei
Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
Presiden JMM didakwa ugut pegawai polis, aibkan individu
Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret.
Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Kok berkata, pada satu perhimpunan di Klang, Azwanddin telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.
Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Ucapan berbaur fitnah: Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta daripada JMM, Azwanddin
Kok telah mengarahkan firma guaman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.
Azwanddin ditahan polis
Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.
Kursus BM untuk MP martabat bahasa kebangsaan
Usaha ini yang bakal bermula Januari depan dilihat sebagai langkah yang baik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Persidangan anjuran Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta
Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan.