KUALA LUMPUR: Persoalan tentang perlunya sistem pendidikan negara dirombak semula berbangkit apabila semakin ramai graduan yang menganggur ketika ini.
Ketika peranan kerajaan dan sektor swasta dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan turut rancak diperbincangkan, teras permasalahan ini tetap dilihat kepada sistem yang menghasilkan modal insan itu.
Di mana silapnya?
Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad berpendapat ia berakar daripada pewarisan sistem yang dibentuk oleh British ketika pendudukan mereka di tanah ini.
Walaupun komponennya dilihat berubah mengikut zaman, namun terasnya tetap sama.
“(Selama) 63 tahun sebenarnya kita mewarisi sistem pendidikan yang diambil daripada penjajah. Strukturnya, sentralisasi itu datang daripada pemikiran mereka.
“Bila mereka bentuk satu sistem pendidikan di tanah jajahan mereka, ia bertujuan untuk mengawal pemikiran masyarakat,” katanya.
Beliau melihat struktur berpusat itulah antara elemen utama yang perlu diubah, di mana konsep ‘one size fits all’ itu tidak lagi relevan untuk membentuk Malaysia sebuah negara yang kaya dengan modal insan berkualiti dalam segenap bidang.
Sekolah perlu diperkasa, pejabat pendidikan daerah perlu diberi autonomi untuk mentadbir mengikut suasana, keperluan dan kekuatan sendiri dan tidak hanya menunggu arahan daripada Putrajaya.
“Jadi desentralisasi itu adalah satu elemen yang sangat penting dalam kita ‘redesign’ sistem pendidikan kita,” katanya.
Naik ke peringkat pengajian tinggi, ada perkara dalam struktur pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti yang dilihat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai sia-sia dan patut ditukar.
Beliau memberi contoh seorang pelajar jurusan undang-undang masih lagi perlu mengambil subjek yang tiada kaitan dengan keperluan profesionnya seperti pengajian bahasa dan agama, yang secara langsung menambah beban kepada mereka.
“Sampai satu tahap di peringkat universiti masih nak ajar pendidikan moral dan sivik. Mereka ini adalah dewasa, sudah lebih 18 tahun.
“Di negara kita sekurang-kurangnya lima tahun diperlukan untuk program asasi undang-undang, tetapi di negara maju mereka hanya perlukan tiga tahun.
"Kos perbelanjaan lebih rendah, lebihan satu atau dua tahun itu boleh buat latihan industri, kemudian bekerja dan boleh mula membayar pinjaman pengajian.”
Maka beliau merasakan perlunya dibuat audit yang menyeluruh dan jujur terhadap subjek dan kursus yang diajarkan dan ditawarkan di institusi pengajian tinggi agar ia lebih efisyen dalam menghasilkan graduan yang padan dengan keperluan kemajuan negara.
ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin pula merasakan pembangunan pelajar sebagai seorang individu itu perlu dijadikan asas kepada pembentukan sistem pendidikan yang lebih berkualiti.
Sepertimana kata Dr Anuar, Dr Afif bersetuju bahawa satu sistem untuk semua inilah yang mencetuskan masalah yang dihadapi pada hari ini, di mana seorang pelajar atau graduan itu terpaksa mengikut hasrat kerajaan dan bukannya potensi sebenar dirinya.
“Kerajaan menetapkan, contohnya mereka mahu merancakkan industri pembuatan, maka semua pun mahu jadi jurutera. Ketika zaman Wawasan 2020, semua orang digalak ambil bidang teknologi maklumat.
“Kita perlu kembali ke isu kemenjadian ini, bagaimana kita hendak menyediakan generasi akan datang untuk berupaya membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri,” jelasnya.
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru ini yang dihoskan oleh Luqman Hariz, di sini:
Israr Khalid
Thu Apr 22 2021

Adakah benar dan perlu sistem pendidikan kita di'reboot'?

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi
Empat ADUN pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan Dewan.

Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif
Kata ADUN Seberang Jaya itu, siapa pun ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika ini perlu bersama mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Ke mana tujunya kompas Dewan Rakyat nanti? 'Dialog Tiga Penjuru', jam 8.30 malam ini
Dapatkah Ahli Parlimen fokus dengan misi utama yang sepatutnya dan tidak menjadikan kesempatan itu sebagai medan untuk mengatur langkah politik masing-masing?

Bagaimana sistem pendidikan kita boleh dibentuk semula?
Panel Dialog Tiga Penjuru membincangkan aspek yang perlu diubah dalam membentuk sistem pendidikan yang lebih menepati kehendak matlamat negara.

Kenyataan Ahmad Maslan beri isyarat UMNO buka ruang perbincangan dengan Bersatu - Dr Afif
Kenyataan Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Rabu menggambarkan parti itu masih membuka ruang perbincangan dengan Bersatu.

Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara
Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut dan perkhidmatan mencuci kereta.

P. Pinang disaran potong gaji Ketua Menteri, Exco sebagai langkah penjimatan hadapi COVID-19
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini disyorkan memotong gaji serta elaun Ketua Menteri dan semua exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.

Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin kini meneruskan kerjaya politiknyanya dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan
Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.

Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif
Had umur berkahwin tiada kena mengena langsung untuk mengatasi gejala sosial.