IPOH: Kementerian Perpaduan Negara akan memperkenalkan pengajaran bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga di bawah Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 di Tabika Perpaduan di seluruh negara tahun depan.
Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.
Beliau berkata kesemua pengajaran bahasa ketiga itu akan dilaksanakan di semua 1,781 Tabika Perpaduan yang melibatkan 38,000 murid di seluruh negara.
"Sebelum ini, terdapat cadangan (pengajaran bahasa isyarat) daripada Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam perbahasan di Dewan Negara yang mencadangkan supaya kita (Kementerian Perpaduan Negara) ajarkan bahasa isyarat kepada anak-anak di Tabika Perpaduan.
"Itu satu perkara yang sangat baik, sekurang-kurangnya anak-anak ini ada kemahiran baharu. Sekurang-kurangnya mereka boleh bertutur dan faham dengan rakan-rakan lain yang mungkin tidak dapat bertutur dan menggunakan bahasa isyarat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Perpaduan Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RT Cares dan Kebun Komuniti KRT Kampung Tersusun Klebang Selatan Kinta yang turut dihadiri Pengarah Perpaduan Negeri Perak Mansor Mohd Hashim di sini hari ini.
Halimah berkata pengajaran bahasa ketiga itu tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran atau subjek di Tabika Perpaduan dan ia tidak akan membebankan murid.
Menurut Halimah kementeriannya telah mengatur kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan guru-guru terbabit sedang menjalani latihan yang ditetapkan.
"Kita juga ambil guru-guru yang sudah pencen dan ada di antara mereka yang fasih bertutur dalam bahasa ketiga dan boleh mengajar murid-murid ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021

Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban. - Gambar fail

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.

'Abang Bomba' nekad belajar bahasa isyarat selepas selamatkan OKU dalam kebakaran
Kesukaran berkomunikasi dengan mangsa kebakaran yang pekak beberapa tahun lalu menjadi inspirasi kepada seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk belajar bahasa isyarat.

Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.

Bahasa isyarat akan diperkenalkan di Tabika Perpaduan tahun depan
Pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.

Individu mahir interaksi dengan OKU digalak sertai MyVac
KBS pertimbang beri elaun kepada sukarelawan MyVac yang mempunyai tanggungjawab khas membantu warga OKU.

Siaran langsung sidang Dewan Rakyat kini ada jurubahasa isyarat
OKU pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.

Cadang bahasa isyarat dijadikan bahasa ketiga
Mempelajari bahasa isyarat bermula dari peringkat sekolah dilihat penting bagi membentuk komuniti inklusif antara OKU dan individu normal.

Pelajari bahasa isyarat, mudah komunikasi dengan OKU pendengaran
Ia sekali gus dapat mengatasi isu kekurangan jurubahasa untuk bahasa isyarat dan selain melihatnya sebagai peluang pekerjaan.

Masyarakat disaran belajar, kuasai bahasa isyarat
Langkah itu juga dapat mengelakkan golongan OKU pendengaran tersisih dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan.

USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.