IPOH: Kerja-kerja membaik pulih sinkhole atau mendapan tanah di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang atau susur keluar Jalan Kuala Kangsar menuju Meru Raya dijangka siap dalam tempoh tiga bulan bermula Isnin minggu hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM624,000 daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembaikan kekal di situ.
Menurut beliau, kerja-kerja awal seperti pembersihan kawasan, penebangan pokok, penyediaan laluan masuk dan pembinaan platform kerja telah dibuat bagi tujuan baik pulih mendapan tanah dengan kedalaman kira-kira tujuh meter di situ.
“Alhamdulillah, hasil rayuan yang berterusan, JKR negeri Perak telah menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM624,000 untuk digunakan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kekal.
“Jalan masuk dan pembinaan platform kerja telah dijalankan di bawah permukaan jalan bagi tujuan pembaikan sinkhole dengan kedalaman 20 kaki.
“JKR negeri juga telah berbincang dan membuat perancangan bersama perunding dan kontraktor untuk pelaksanaan kerja dan mesin jentera dijadualkan bermula pada minggu hadapan. Anggaran tempoh masa maksimum yang diberikan untuk kerja-kerja pembaikan jalan ini adalah tiga bulan,” kata Mohd Zolkafly.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang dekat sini, pada Jumaat.
Mohd Zolkafly memberitahu, punca mendapan tanah berkenaan disebabkan berlaku kebocoran pembetung yang mengakibatkan takungan air di bahagian bawah jalan raya.
Disember lalu, media melaporkan kerja baik pulih lapisan permukaan jalan di laluan tersebut terpaksa ditangguhkan susulan penemuan mendapan tanah sebesar 10 meter.
Mendapan itu disedari pihak syarikat konsesi pada 19 Oktober lalu manakala hakisan tanah itu dipercayai berpunca daripada resapan air kesan kebocoran longkang di tepi jalan.
Susulan itu laluan kecemasan dan lorong kiri jalan terpaksa ditutup sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa kira-kira 5 kilometer terutama pada waktu puncak serta hujung minggu.
Amirrul Rabbani
Fri Jan 07 2022
![Baik pulih Jalan Ampang - Jelapang siap tiga bulan lagi Baik pulih Jalan Ampang - Jelapang siap tiga bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641554523_BaikpulihJalanAmp.jpg)
Kerja-kerja membaik pulih sinkhole atau mendapan tanah di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan bermula Isnin minggu hadapan.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Kadar pengangguran dalam kalangan individu berumur 15 tahun dan ke atas, berkurangan kepada 1.63 juta daripada 1.66 juta yang dicatatkan pada November 2024.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Laos sasar lebih 4.3 juta pelancong asing tahun ini
Laos menetapkan sasaran untuk menarik lebih daripada 4.3 juta pelancong asing pada 2025 sebagai langkah mengukuhkan sektor pelancongan negara.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
![Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728288300_SIswaran.jpg)
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah
Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.
![Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738924595_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini
Di Sarawak, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang.
Kes rasuah di Laos meningkat, kerajaan ambil tindakan tegas
Dalam usaha menghapuskan rasuah, Kerajaan Laos telah mengambil langkah tegas selepas siasatan mendedahkan kerugian kewangan yang besar pada tahun 2024.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Cegah jenayah scam segera, imej negara tercemar - PM Kemboja
Kerajaan Kemboja menggesa langkah tegas diambil untuk menentang penipuan dalam talian dan pemerdagangan manusia melalui penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi.
Perdana Menteri Hun Manet menegaskan, ia telah memberi ancaman serius kepada keselamatan sosial rakyat serta mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Hun Manet menegaskan, ia telah memberi ancaman serius kepada keselamatan sosial rakyat serta mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.
![Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922664_PPKM.jpg)
Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.
Kemboja rancang perluas perkhidmatan 5G mudah alih
Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja diarah untuk menyediakan pelan induk bagi melaksanakan perkhidmatan 5G mudah alih di seluruh negara.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
![Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728460063_masjid.jpg)
Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.
![Kebocoran paip dipercayai antara punca tanah mendap di Tanjung Tualang Kebocoran paip dipercayai antara punca tanah mendap di Tanjung Tualang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727577771_Kebocoranpaip.jpg)
Kebocoran paip dipercayai antara punca tanah mendap di Tanjung Tualang
ADUN Malim Nawar V Bavani berkata, kedudukan rumah yang berhampiran cerun turut menyumbang kejadian itu.
![Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727560944_TBtanahjerlus.jpg)
Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang
Menurut bomba, insiden melibatkan mendapan tanah yang berlaku di hadapan empat buah rumah di Lorong Teja Utama, Taman Teja.
![Kuala Lumpur masih selamat - Dr Zaliha Kuala Lumpur masih selamat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724843628_TBtanahjerlus.jpg)
Kuala Lumpur masih selamat - Dr Zaliha
Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai agar berhati-hati, terutamanya di kawasan berhampiran lokasi mendapan tanah.
![Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713358938_IzaniHussin.jpg)
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
![Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699947265_mendapantanah.jpg)
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.
![Enam van, lori terjejas akibat mendapan tanah Enam van, lori terjejas akibat mendapan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699910624_LoriVanRosak.jpg)
Enam van, lori terjejas akibat mendapan tanah
Kejadian berlaku pada 6.46 petang berikutan hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir - Alexander Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694350619_LLM.jpg)
Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir - Alexander
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak berkaitan telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan segera.
![Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690341513_AlexanderNantaLing.jpg)
Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini
Pengguna boleh menggunakan laluan KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak bermula jam 7 malam ini.
![Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690297565_TBSINKHOLEKARAK.jpg)
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.