KOTA KINABALU: Pemain dan pemegang taruh industri kreatif di negara ini perlu lebih aktif dan agresif menjana pendapatan menerusi peruntukan RM288 juta yang dikhususkan kepada sektor itu dalam Bajet 2022.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sejak tahun lepas, industri kreatif merupakan sektor paling terkesan serta menjejaskan ramai penggiat seni, justeru ia perlu dipulihkan bagi menjana pendapatan terutama dalam suasana norma baharu.
Beliau berkata bagi merealisasi hasrat itu, pemain dan pemegang taruh industri kreatif perlu menyusun semula gerakan mereka antaranya melalui persatuan selain lebih inovatif dalam menyajikan pelbagai persembahan dan program yang mampu menarik lebih ramai khalayak.
"Di Kelantan, seni Mak Yong kita buat inovasi, perubahan libatkan anak muda dan buat pertunjukan di Istana Budaya... tiket habis.
"Begitu juga seni Boria di Pulau Pinang, ubah suai dengan anak muda mampu tarik pelancong dan ke luar negara.
"Filem seram seperti hantu di Thailand dan Korea Selatan terkenal, orang takut menonton, boleh pasarkan ke luar negara tetapi filem hantu di Malaysia cerita lawak.
"Kita lihat kembali bagaimana supaya suatu hari nanti, produk industri kreatif kita mampu bersaing di luar negara," katanya di sini malam ini.
Zahidi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Jabatan Penerangan Sabah yang turut dihadiri Pengarah Penerangan negeri Nadzerah Abdullah.
Katanya semua warga agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diharap dapat menjunjung semangat kebersamaan dalam usaha memastikan Keluarga Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang pendigitalan negara.
Beliau berkata warga KKMM tidak boleh gagal dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana kegagalan itu antara lain boleh menyebabkan kurangnya pemahaman isu semasa dan dasar kerajaan.
"Kejayaan menyampaikan maklumat pula, seperti vaksin COVID-19, membolehkan kadar vaksinasi kita mencapai lebih 90 peratus dan seterusnya sektor ekonomi dibuka, ini membolehkan ekonomi menjadi bertambah baik untuk dinikmati rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021

ZAHIDI: Sejak tahun lepas, industri kreatif merupakan sektor paling terkesan serta menjejaskan ramai penggiat seni, justeru ia perlu dipulihkan bagi menjana pendapatan terutama dalam suasana norma baharu. -Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Industri kreatif digital Malaysia berkembang, perolehan RM6.3 bilion - Gobind
Pada 2022, industri kreatif digital menjana perolehan RM6.3 bilion, mencatatkan eksport berjumlah RM850 juta, yang menyumbang kepada lebih 11,000 pekerjaan.

DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan.

Sarawak komited dalam menggalakkan pertumbuhan industri kreatif
Katanya, kerajaan mengiktiraf potensi bakat yang ada di Sarawak dan berusaha menyediakan sumber, infrastruktur dan platform yang diperlukan.

Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.

Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.

FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.

Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.