KUALA LUMPUR: Badan pemikir, Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (REFSA) melihat jumlah yang diperuntukan kerajaan dalam Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil dan tidak signifikan untuk agenda transformasi Parlimen.
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan Parlimen.
“Dalam Belanjawan 2022, institusi Parlimen menerima peruntukan sebanyak RM 148.3 juta berbanding RM145.3 juta pada tahun 2021, iaitu peningkatan peruntukan sebanyak RM 3.02 juta atau 2.04 peratus.
“Walau bagaimanapun, jumlah peningkatan dana ini dilihat kecil dan tidak signifikan untuk menyokong dan meletakan limitasi terhadap agenda transformasi Parlimen yang dinyatakan oleh kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik1 bersama Pakatan Harapan (PH)," jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Tambah beliau lagi, ahli Parlimen perlu meneliti dan menyemak peruntukan Parlimen dan JPM untuk memastikan setiap anggaran munasabah.
“Berdasarkan Jadual 1, Parlimen pernah menerima penambahan dana yang lebih tinggi berbanding Belanjawan 2022. Dalam Belanjawan 2019 yang disediakan kerajaan PH, dana Parlimen meningkat kepada RM137.4 juta berbanding RM125.1 juta dalam Belanjawan 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), iaitu peningkatan sebanyak RM 12 juta atau 8.95 peratus," tambah beliau.
Namun jelasnya, proses meminda belanjawan adalah sukar buat ahli Parlimen, semangat dwipartisan yang diketengahkan dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang, boleh dijadikan satu keperluan mendesak agar peruntukan ini boleh dipinda dan ditambah baik.
“Kerajaan Ismail Sabri perlu terbuka dan perlu menjelaskan secara terperinci mengenai pendirian kerajaan menambah peruntukan Parlimen yang dengan jumlah yang kecil tetapi mengekalkan dana yang besar kepada JPM.
“Pihak kerajaan perlu bertindak berani dan rasional menggunakan kuasa yang ada untuk meminda atau menngurangkan sesuatu peruntukan atas persetujuan ahli Parlimen," jelasnya lagi
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Nov 04 2021

REFSA melihat perlunya peruntukan untuk transformasi Parlimen ditambah baik. - Gambar fail
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Syor transformasi Parlimen dijangka dikemuka kepada Jemaah Menteri Mac ini
Memorandum syor berkenaan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Nilai semula proses pemilihan Senator, Dewan Negara tidak boleh di takuk lama - Rais Yatim
Katanya, ia seiring usaha mensohorkan Dewan Negara dan bagi menterjemahkan Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Draf Transformasi Parlimen: Larang MP, Senator berdepan pendakwaan mahkamah sertai persidangan
Dewan Rakyat, Dewan Negara mempunyai hak untuk melarang mana-mana ahlinya yang sedang berdepan pendakwaan mahkamah daripada mengambil bahagian dalam persidangan kedua-dua Dewan sehingga kes selesai.

Kerajaan komited laksana transformasi, bentang RUU Antilompat parti
Kerajaan memaklumkan usaha transformasi itu termasuklah komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU Antilompat Parti di Parlimen.

Penggubalan Kod Etika bentuk persepsi positif terhadap Ahli Parlimen - Rais
Dokumen Kod Etika itu akan dijadikan sebagai rujukan utama kepada Ahli Parlimen untuk melaksanakan peranan dengan lebih baik.

Reformasi Parlimen: Lantik Yang di-Pertua, Timbalan dengan semangat rentas parti - Bersih 2.0
Ia tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaan terhadap pembangkang.

Transformasi Parlimen mampu ubah konsep politik semasa - Annuar
Bagi Annuar, transformasi Parlimen ialah satu pencapaian yang mempunyai makna amat besar, begitu juga kesannya kepada negara.

Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak - Rais
Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transfomasi yang sedang direncanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Transformasi kerajaan, Parlimen, MA63 keutamaan Wan Junaidi
Transformasi sistem kerajaan dan Parlimen serta meneliti Perjanjian Malaysia 1963 jadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Transformasi Parlimen: Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa bersama - Wan Junaidi
Perkara ini dipersetujui selepas pertemuan dengan Senator Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun semalam.