TAWAU: Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun lalu amat memberi kesan terhadap ekonomi rakyat termasuk golongan petani dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pelbagai sekatan dikenakan bagi mengekang penularan virus itu menyebabkan ramai antara mereka menanggung kerugian besar, malah sebahagian terpaksa gulung tikar.
Dengan pembukaan semula sektor ekonomi yang menandakan Malaysia memasuki fasa pemulihan, rakyat berharap Bajet 2022 yang akan dibentang hujung bulan ini, memberi khabar gembira kepada mereka.
Tinjauan di Tawau mendapati, antara lain ramai berharap kerajaan meneruskan program bantuan tunai dan subsidi selain melonggarkan syarat permohonan bantuan PKS.
Petani, Syarizan Marsuki, 36, yang baru memulakan penanaman cili fertigas Mac lalu selepas kehilangan pekerjaan akibat pandemik, berharap kerajaan turut memberi perhatian kepada sektor pertanian.
"Dalam Bajet 2022 ini, harapan saya ialah kerajaan beri bantuan subsidi seperti racun dan baja sebab dua benda itu kerap digunakan dalam pertanian termasuk fertigasi
"Kalau racun itu dua kali kita guna dalam seminggu... jadi harapan besar saya dalam Bajet 2022 dimasukkan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil macam saya yang juga pekebun baharu," katanya ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, pemandu teksi, Roslan Boni, berkata golongan pemandu kenderaan awam sepertinya turut terjejas sebelum ini disebabkan sekatan pergerakan serta bilangan penumpang dihadkan.
"Kami kekurangan pendapatan harian kerana pelanggan berkurangan. Kadang-kadang kita dapat RM25 atau RM30 saja sehari. Itu belum ditolak kos petrol.
"Tanggungan saya enam anak semua bersekolah. Bantuan tunai bagi pemandu teksi yang sudah diterima sebelum ini RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan, ada lagi satu bantuan RM300 daripada kerajaan negeri.
"Kami harap sangat bantuan seperti itu dapat diberikan lagi," katanya.
Bagi pengusaha kedai gunting rambut, Suni Kamaruddin, dia berharap kerajaan memberi bantuan kepada PKS termasuk usahawan kecil sepertinya untuk bertahan.
"Saya berharap bantuan kepada PKS dapat diteruskan supaya kami dapat meneruskan perniagaan," katanya.
Sementara itu, Fadilah Fatin Amiruddin, 30, yang mengusahakan gerai kuih, berharap kerajaan mengekalkan BPR dan bantuan peniaga PKS.
"Ramai pengusaha PKS terjejas sebelum ini dan kami berharap bantuan tunai akan memberi harapan kepada kami meneruskan perniagaan," katanya.
Petrus Bernard
Wed Oct 20 2021

Petani, Syarizan Marsuki, 36, yang baru memulakan penanaman cili fertigas Mac lalu selepas kehilangan pekerjaan akibat pandemik, berharap kerajaan turut memberi perhatian kepada sektor pertanian. - Gambar/ Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.

Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.

Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.

Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).