REACH mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah mengumumkan peruntukan-peruntukan pada Bajet 2022 yang menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat memiliki kediaman mereka sendiri.
Selain dari itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM125 juta untuk Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia. Mereka yang tinggal di pembangunan berstrata terutama di pembangunan kos rendah sudah tentu akan menarik nafas lega.
Walau bagaimanapun REACH mencadangkan peruntukan ini ditambah kerana RM125 juta ini tidak mencukupi. Kebanyakan pembangunan berstrata terutamanya pembangunan kos rendah menghadapi masalah untuk dibaik pulih atau ditambah baik kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Di dalam keadaan ekonomi sekarang, penduduk tidak akan mampu menanggung kos yang tinggi tersebut dan bantuan dari kerajaan amat diperlukan.
Sebagai contoh, untuk tahun 2017 Kerajaan Negeri Selangor di bawah program Smartlife telah membelanjakan RM29.3 juta untuk membaik pulih dan mengganti lif di 59 blok pangsapuri kos rendah yang melibatkan 118 buah lif. Kos ini hanya untuk sebahagian sahaja pembangunan di Selangor. Ia tidak melibatkan keseluruhan pembangunan di negeri tersebut. Kos untuk membaik pulih, modenisasi atau menggantikan lif adalah di antara RM100,000 hingga RM500,000 bagi setiap blok.
Terdapat juga kerja-kerja lain yang memerlukan perhatian seperti membaik pulih atau mengganti bumbung, mengganti tangki air atau memasang sistem pendawaian elektrik baharu yang boleh melibatkan ratusan ribu ringgit bagi setiap blok pangsapuri. Contohnya kerja-kerja menukar bumbung termasuk kerangka boleh menelan belanja sehingga RM500,000 bagi setiap blok. Kerja-kerja seperti itu perlu disegerakan kerana ia boleh mengancam nyawa penduduk.
Selain dari itu, kerja-kerja mempertingkatkan kecerian seperti mengecat semula juga penting untuk penduduk. Projek-projek mempertingkatkan keselamatan seperti pemasangan CCTV atau pagar juga diperlukan. Penyediaan kemudahan komuniti dengan memanfaatkan ruang-ruang terbiar bagi kegunaan penduduk boleh meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Di Selangor sahaja terdapat lebih 700 skim pembangunan berstrata lebih dari 5-tingkat dan lebih 1,000 skim pembangunan berstrata 5-tingkat. Sekiranya 10 peratus darinya memerlukan bantuan kerajaan maka peruntukan RM125 juta ini tidak akan mencukupi. Justeru itu sudah tentu peruntukan ini tidak dapat menampung keperluan pembangunan berstrata di seluruh negara.
Oleh yang demikian peruntukan RM125 juta ini perlu ditambah. Kami berpandangan program membaik pulih dan penyelenggaraan ini perlu menyeluruh. Adalah tidak adil jika terdapat pembangunan yang diberi perhatian tetapi terdapat pula yang ketinggalan.
* Datuk Iskandar A Samad merupakan Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Iskandar Abdul Samad
Tue Nov 02 2021

REACH berpandangan program membaik pulih dan penyelenggaraan perumahan perlu menyeluruh kerana adalah tidak adil jika terdapat pembangunan yang diberi perhatian tetapi ada pula yang ketinggalan. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bajet 2022: REACH mahu peruntukan penyelenggaraan perumahan ditambah
Kebanyakan pembangunan berstrata menghadapi masalah untuk dibaik pulih atau ditambah baik kerana ia melibatkan kos yang tinggi.