Beberapa bakal pelabur menemui pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku badan yang mengawal bekalan gula susulan hasrat mereka untuk mengendalikan kilang penapisan gula, kata Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen.
Beliau berkata mereka bersedia untuk melabur bagi menambah baik sistem bekalan susulan dakwaan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) bahawa ia berkemungkinan terpaksa ditutup akibat kilang penapisan gula itu kurang mendapat keuntungan.
“Pihak (domestik) yang berminat ini telah mendekati kami dan turut sanggup menjadikan sistem tersebut supaya lebih efisien ke arah menyediakan bekalan gula yang lebih murah daripada kilang-kilang ini yang kesemuanya terletak di Semenanjung buat masa ini.
“Setakat ini, MSM tidak mengadakan pertemuan dengan kementerian saya, jadi kami boleh menguruskan pertemuan dengan bakal pelabur, berbanding mencatat kerugian dan menutup kilang itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ramah Tamah Gawai Raya 2019 anjuran kementerian itu, di sini pada Ahad.
MSM mendakwa pengeluaran jumlah permit import (AP) kepada pengeluar makanan dan minuman (FB) di Sarawak menjejaskan prestasinya.
Sebelum ini Chong mengumumkan bahawa dasar baharu kementerian itu membenarkan pengeluar FB di Sarawak untuk mengimport gula dari luar negara.
Ketika ini mereka menerima bekalan gula dari Thailand dengan harga RM1.70 sekilogram, termasuk caj pengangkutan berbanding RM2.70 sekilogram dan kadang kala pada harga yang lebih tinggi daripada MSM dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR).
Berhubung penguatkuasaan KPDNHEP Sarawak bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri dan Gawai Dayak, Chong berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai penjual yang tidak mematuhi arahan.
Skim tersebut dilaksanakan mulai 25 Mei hingga 7 Jun bersempena Gawai dan 21 Mei hingga 19 Jun bagi Aidilfitri di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019

Chong (kiri) berbincang dengan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Datuk Stanley Tan pada Majlis Ramah Tamah Gawai Raya KPDNHEP 2019, 23 Jun, 2019. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.

Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu
Sebanyak 9,800 kg gula diterima daripada pemborong di Sabah iaitu Chung Kwong, Sandakan dan Keluarga Timur Kota Kinabalu pagi ini.

Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan
Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.

Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.

Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin
Ia bagi memastikan faktor bekalan gula di negara ini berada dalam keadaan terjamin selain memastikan situasi di pasaran tidak terjejas.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.

Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu
KPDN memeriksa 116 premis di Kelantan serta Terengganu menerusi Ops Manis hari ini dan tiada kes kegagalan pematuhan undang-undang yang menyebabkan gangguan bekalan gula direkodkan.