KLANG: Bakar atau berdepan tindakan undang-undang, itu amaran kepada pihak yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka di kawasan Meru sejak akhir-akhir ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima aduan daripada masyarakat setempat berkaitan pembakaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pada mulanya, ada yang menyangka ia dilakukan oleh penduduk, namun setelah kita siasat perbuatan ini dilakukan dipercayai oleh pengutip besi terpakai.
"Mereka ini bakar tilam untuk mengambil besi dalam tilam tersebut untuk dijual, yang kita kesalkan tindakan mereka ini bukan sahaja beri kesan kepada alam sekitar, namun mengganggu urusan harian penduduk di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut Mohd Fakhrulrazi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya perkara ini berterusan.
"Saya hendak ingatkan, jangan bakar lagi dan andai diteruskan saya akan terus lapor kepada polis.
"Masyarakat yang mana ada maklumat, sila hantar bukti video kepada saya untuk dilaporkan kepada polis," katanya.
Katanya, tindakan membakar secara terbuka ini turut memberikan kesan kepada petugas kebersihan untuk membersihkan sampah berkenaan.
"Tindakan sebegini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tapi menyusahkan pekerja kebersihan.
"Jadi saya minta janganlah buat sesuatu perkara yang susahkan masyarakat, jadilah warga yang bertanggungjawab," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 02 2022

MOHD FAKHRULRAZI: Saya hendak ingatkan, jangan bakar lagi dan andai diteruskan saya akan terus lapor kepada polis. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Orang gaji maut terhidu asap jiran bakar tilam
Ketika kejadian, wanita berusia 48 tahun itu tinggal sendirian di rumah sementara majikannya berada di luar negara.

'Bakar lagi saya lapor polis' - ADUN Meru selar pihak lakukan pembakaran terbuka
Katanya, tindakan membakar secara terbuka ini turut memberikan kesan kepada petugas kebersihan untuk membersihkan sampah berkenaan.