BATU PAHAT: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian rusuhan dan pembakaran suar di Parit Raja pada 13 Mei lalu.
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tertuduh, Muhammmad Farhan Mhd Basri, 22, Nur Muhammad Afif Norazam, 23, Mohammad Faizul Naim Ahmad, 23, Muhammad Al Azim Abd Rasid, 19, dan Muhamad Hafizul Helmi Zailan, 23, didakwa atas kesalahan melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka.
Kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Parit Raja di sini yang merupakan lokasi dalam kawasan jangkitan kira-kira pukul 2 pagi pada 13 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 9 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17 (1) peraturan yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara kurang daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Fared Mohd Khalid.
Pihak pendakwa raya menetapkan jaminan RM6,000, namun, mahkamah kemudian menetapkan lima tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pula ditetapkan pada 26 Ogos depan.
Terdahulu, pada 14 Mei lalu, pihak polis menahan 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh, pembakaran suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman
Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda RM100 setiap seorang terhadap tiga penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana membakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman.

Peminat desak JDT dikenakan hukuman lebih berat berhubung isu suar
Peminat menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL dan mencabar FAM.

JDT didenda RM120,000 gara-gara penyokong bakar suar
FAM mengenakan hukuman denda sebanyak RM120,000 ke atas JDT susulan tindakan penyokongnya menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga Malaysia 2023.

FAM sekali lagi ingatkan larangan membakar suar dalam stadium
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengingatkan agar penyokong kelab Liga Super Malaysia tidak membakar suar ketika saingan liga itu berlangsung.

'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bakar suar: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah langgar SOP
Pada 14 Mei lalu, polis tahan 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh, pembakaran suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja.

7 lagi individu ditahan merusuh bakar suar, kain rentang berunsur provokasi
Polis Johor berjaya menahan tujuh individu lagi yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian di Parit Raja di sini pada Khamis lalu.

Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja - PN Johor
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja: PN Johor

Insiden rusuhan di Parit Raja: Reman tujuh lelaki disambung
Insiden rusuhan di Parit Raja: Reman tujuh lelaki disambung

Bakar suar, merusuh bukan cara orang Johor - Onn Hafiz
Beliau yakin bahawa perkara ini akan dapat ditangani dengan baik dan berkesan, sekiranya ia dilakukan bersama dan secara bijaksana.