SUNGAI BULOH: Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjalan lancar dengan 20 peratus bancian selesai dilakukan setakat ini di seluruh negara sejak dimulakan 7 Julai lepas.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sehingga 26 Julai sebanyak 251,371 kes telah dilawati dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Johor dan Sarawak.
"Banci ini merupakan langkah strategik untuk mengumpul data yang komprehensif dan terkini mengenai status serta perkembangan sektor pertanian Malaysia.
"Data yang diperoleh akan digunakan untuk merancang dasar, strategi dan intervensi yang lebih efektif dalam meningkatkan daya saing serta keberdayaan sektor pertanian negara," katanya ketika ditemui selepas meninjau proses bancian di Kampung Kubu Gajah di sini hari ini.
Bagi memastikan keberkesanan data yang bakal dihasilkan selepas selesai proses bancian, Mohd Uzir meminta kesemua pihak yang terlibat memberikan maklumat yang jujur dan tepat kepada petugas banci.
Beliau berkata faktor kejayaan program itu ialah kebersamaan dalam penghasilan data kerana maklumat yang tepat adalah mustahak dan untuk itu peranan penghulu atau ketua kampung amat penting untuk memastikan anggota masyarakat di bawah mereka memberikan kerjasama yang baik.
"Setakat ini Alhamdulillah melalui kerjasama dengan agensi-agensi di peringkat negeri dan penggiat pertanian di daerah (mereka) memberikan komitmen 100 peratus dan ini satu petunjuk awal untuk kita tamatkan program ini dengan berjaya," katanya.
Bancian Pertanian 2024 yang akan berakhir pada 10 Oktober ini merangkumi empat subsektor utama iaitu tanaman, ternakan, akuakultur dan perhutanan selain merupakan banci kali keempat dilaksanakan di Malaysia selepas kali terakhir dilaksanakan pada 2005.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Mohd Uzir (dua,kiri) ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja sempena Operasi Lapangan Banci Pertanian Negeri Selangor di Aquaculture Resource Centre (ARC) hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Banci Pertanian 2024: DOSM temui 59,284 pegangan baharu, jumlah keseluruhan cecah 1.2 juta
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjaya menyelesaikan Banci Pertanian 2024 dengan merekodkan penambahan 59,284 pegangan pertanian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,256,593 kes.

Lebih 100 peratus tempat kediaman sasaran di Sabah dilawati dalam Banci Pertanian 2024
Banci Pertanian 2024 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak 7 Julai tempoh hari sudah hampir sampai ke penghujungnya di negeri Sabah.

Banci Pertanian 2024: Data masa nyata bersifat komprehensif
Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia, DOSM, Mohd Sofi Ali berkata dapatan banci itu turut bersifat komprehensif dan amat berguna kepada pelbagai pihak berkepentingan.

DOSM rekod 86.2 peratus operasi Banci Pertanian 2024
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan status kemajuan operasi Banci Pertanian 2024 mencapai 86.2 peratus di seluruh negara setakat semalam.

Lebih 620,000 pegangan pertanian dibanci seluruh negara
Banci Pertanian 2024 telah bermula sejak 7 Julai 2024 dan akan diteruskan sehingga 10 Oktober 2024, bagi memberikan gambaran terkini keadaan sektor pertanian Malaysia secara menyeluruh.

Banci Pertanian 2024 pacu keterjaminan makanan, produktiviti dan pertanian mampan Malaysia
Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh DOSM membawa misi penting dalam meningkatkan keterjaminan makanan negara, produktiviti sektor pertanian, serta mempromosikan amalan pertanian mampan.

DOSM yakin selesaikan Banci Pertanian 2024 Oktober ini
Pada masa ini, pelaksanaan bancian yang dimulakan pada 7 Julai lepas telah mencapai tahap 30 peratus.

Banci Pertanian berjalan lancar, capai 20 peratus
Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjalan lancar dengan 20 peratus bancian selesai dilakukan.

DOSM seru kerjasama pengusaha sertai Banci Pertanian 2024
Ia penting bagi menghasilkan data pertanian yang komprehensif dan menjadi penanda aras baharu bagi mewujudkan pangkalan data pertanian.

Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan
Banci Pertanian 2024 yang bermula Ahad selama tiga bulan sehingga Oktober akan membabitkan lebih 5,000 pegawai Jabatan Perangkaan.