Tan Sri Rais Yatim menyarankan bangkai kapal dagang 'SS Amherst' yang ditemui di dasar Sungai Pahang di Kampung Tanjung Benut di Paloh Hinai awal Mei lalu diapungkan bagi membolehkan pihak berkuasa mendalami sejarah negeri ini.
Penasihat sosio budaya Kerajaan itu berkata, kajian itu sekali gus boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah yang merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.
"Adanya bukti seperti itu boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah di negeri ini, bagaimana megahnya Sungai Pahang itu sehingga ia boleh dijadikan sebagai punca perdagangan dan boleh dilalui kapal sehingga lebih dari 200 batu (321km) pada ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak bangkai kapal itu di Paloh Hinai di sini pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau berhasrat mengemukakan cadangan pengapungan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam masa yang, katanya beliau bersama pihak berkaitan akan membuat kajian menyeluruh berhubung penemuan bangkai kapal dagang itu termasuk kos bagi kerja-kerja mengapungkan kapal itu.
"Kami akan membuat perkiraan kosnya dan jika kos berpadanan dengan nilai sejarah dan nilai warisan (negara), maka kita akan usahakan...pentingnya penemuan bangkai kapal dagang ini diambil kira," katanya.
Penemuan kapal dagang yang didakwa berusia lebih 200 tahun milik British itu dilaporkan media pada 4 Mei lepas berikutan paras air Sungai Pahang yang semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara.
Bernama
Wed Jul 20 2016

RAIS: Kajian itu sekali gus boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah yang merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bangkai SS Amherst perlu diapung untuk kajian sejarah Pahang
kajian itu sekali gus boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah yang merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.