Datuk Johari Abdul tampil menjelaskan hari ini istilah ‘Bangsa Kedah’ yang disebutnya sebelum ini hanya satu contoh yang digunakan bagi menggambarkan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat yang boleh diwujudkan di negeri itu.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Kedah itu, istilah tersebut hanya dijadikan sandaran supaya rakyat mencontohi konsep ‘Bangsa Johor’ yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Tambahnya, perkara utama yang harus menjadi fokus rakyat Kedah adalah kesatuan masyarakat yang jitu supaya negeri itu membangun dengan baik dari segala aspek.
"Saya sebut semalam (Rabu) bagaimana kita tengok contoh Johor, konsep acuan mereka. Mereka sanggup melaungkan perkataan Bangsa Johor. Inilah yang patut kita ikut.
"Iaitu semangat nasionalisme yang akan menyatukan masyarakat di bawah, tanpa ada pagar-pagar pemisah di antara kita.
"Maksud saya, bukan kita harus jadi nasionalis yang totok, (seperti) ini orang Kedah, tak boleh kawan dengan orang Johor, orang Negeri Sembilan. Maksud saya, penyatuan itu," kata Johari.
Johari ditemui pada pertandingan bola sepak anjuran Komuniti Masyarakat Tikam Batu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, hari ini.
TONTON: Wujudkan konsep 'Bangsa Kedah'
Pada Rabu, beliau dilaporkan berkata, rakyat Kedah seharusnya mewujudkan konsep 'Bangsa Kedah' seperti 'Bangsa Johor' yang telah lama dijadikan teras penting kepada penyatuan rakyat.
Bagaimanapun, mengulas perkara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan istilah yang dicadangkan.
Katanya, tiada keperluan untuk mewujudkan bangsa khusus seperti Bangsa Kedah dan ia dikhuatiri akan mewujudkan semangat kenegerian yang melampau.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 07 2019
![Bangsa Kedah itu contoh, jangan salah faham - Johari Bangsa Kedah itu contoh, jangan salah faham - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531222459_JohariAbdul.jpg)
JOHARI: Kita mahu semangat nasionalisme yang menyatukan masyarakat tanpa ada pagar-pagar pemisah di antara kita. - Gambar fail
![Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024 Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730705662_bali.jpg)
Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739054805_AyatollahAliKhamen.jpg)
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran.
![Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
![Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910279_NawafSalam.jpg)
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Bangsa Kedah itu contoh, jangan salah faham - Johari Bangsa Kedah itu contoh, jangan salah faham - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531222459_JohariAbdul.jpg)
Bangsa Kedah itu contoh, jangan salah faham - Johari
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Kedah itu, istilah tersebut hanya dijadikan sandaran supaya rakyat mencontohi konsep Bangsa Johor yang telah diamalkan sejak sekian lama.