KUANTAN: Kerajaan Pahang dan syarikat Produksi Studio Kembara disyorkan supaya membangunkan semula rumah peninggalan tokoh pahlawan Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu Lima Jalan Gambang, di sini.
Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pembinaan semula kediaman Mat Kilau di dua lokasi itu dilihat sebagai usaha untuk menjadikan produk pelancongan yang mempunyai nilai sejarah kepada negara ini.
Beliau berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Pahang mahupun mana-mana pihak membangunkan semula peninggalan sejarah tokoh itu dan bukan sekadar berbangga melalui filem semata-mata.
"Saya lihat kedua-dua rumah milik Mat Kilau sudah lama terbiar dan ditelan dek zaman.
"Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya terdapat papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.
"Rumah di Batu lima Jalan Gambang yang sedia ada memang sudah usang dimamah usia dan menunggu masa untuk terus mereput sedangkan di situlah Mat Kilau habiskan sisa-sisa hidupnya sebelum mengisytiharkan dirinya adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di bumi Pahang suatu ketika dahulu.
"Jadi kedua-dua lokasi ini wajar dibina semula supaya ia menjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di Pahang.
"Dengan terbinanya rumah terbabit, maka banyak lagi bahan sejarah silam boleh dipamerkan di situ," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau turut mencadangkan agar produksi filem Mat Kilau, menaja pembinaan tersebut kerana mereka sudah mengaut untung besar atas pembikinan filem menggunakan jenama Mat Kilau, biar pun sekadar fiksyen semata-mata.
Katanya, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang.
"Saya yakin ia boleh dijadikan bahan sejarah berharga bagi menaikkan semangat perjuangan agama, bangsa dan negara kepada generasi muda.
"Malah, Kerajaan Pahang perlu menyedari perkara ini kerana sudah puluhan tahun terbiar, apa salahnya ia didirikan semula bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan sejarah di bumi Pahang.
"Apa guna kita sekadar menonton semata-mata tapi hakikatnya warisan Mat Kilau terus terbiar dan tidak dipelihara seperti warisan sejarah yang lain di negara kita," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Shukri menjelaskan buat masa ini hanya terdapat Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar dan ia hanya dibuka pada hari bekerja sahaja.
Tegasnya, sedangkan pelancong biasa datang pada hari cuti hujung minggu atau pun cuti umum.
"Begitu juga lokasi di Batu Lima, Kuantan yang ada hanya galeri sementara yang dibina oleh Cucu Mat Kilau, Mohd Alhamdi Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda. Itu pun kerana beliau menjadi Guru Besar di sekolah terbabit sekarang.
"Namun, sudah pasti ia hanya boleh dikunjungi pada hari persekolahan sahaja kerana pada hari Sabtu dan Ahad sekolah bercuti," ujarnya.
Mohd Shukri berpandangan pembinaan replika rumah Mat Kilau pastinya akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini.
"Harus diingatkan di Melaka, perigi Hang Tuah pun boleh dijadikan tarikan pelancongan dan sumber ekonomi penduduk apabila orang ramai berkunjung dan membeli buah tangan serta cenderamata di situ.
"Kalau kita ingat Pahlawan Hang Tuah kisahnya wujud sejak beribu tahun dahulu, tak tahu kesahihannya atau sekadar legenda semata-mata.
"Tapi Mat Kilau masih hidup pada zaman moden iaitu selepas negara kita sudah capai kemerdekaan.
"Sepatutnya peninggalan sejarah pahlawan itu diangkat dan dimajukan, bukan sekadar cerita semata-mata.
"Banyak lagi bahan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar dan Batu lima yang boleh dijadikan bahan sejarah sebenarnya," katanya yang mahu sejarah dipertahankan agar terus dikenang oleh anak cucu dan generasi akan datang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022
Rumah Mat Kilau di Batu Lima Jalan Gambang yang dicadangkan untuk dibangunkan semula sebagai bahan sejarah. -Foto Sinar Harian
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Bangunkan semula rumah Mat Kilau sebagai tarikan pelancongan
Sudah tiba masanya Kerajaan Pahang mahupun mana-mana pihak membangunkan semula peninggalan sejarah tokoh itu dan bukan sekadar berbangga melalui filem semata-mata.