KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui siasatan tapak dan aduan yang diterima mengenai banjir kilat, mendapati terdapat beberapa lokasi di ibu negara Kuala Lumpur sedang mengalami banjir kilat.
Kawasan – kawasan yang terlibat adalah:
i. Kampung Periuk, Kampung Bharu,
ii. kawasan Lorong Raja Mahadi, Kampung Bharu,
iii. kawasan Jalan Melaka berhampiran dengan Bank Muamalat,
iv. kawasan Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat berhampiran PWTC,
v. kawasan Sungai Besi berhampiran Stesen LRT Sungai Besi ,
vi. kawasan Kampung Delima,
vii. kawasan Jalan Raja Chulan,
viii. kawasan Kampung Pasir,
ix. kawasan Lorong Jambu Laut, Jinjang,
x. kawasan Kampung Kassipillay, Sentul
xi. kawasan Kampung Chubadak, Sentul dan
xii. kawasan Kampung Kolam Air berhampiran Sekolah Maxwell Jalan Ipoh.
Sehubungan dengan itu, DBKL telah membuka Bilik Gerakan Bencana bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
DBKL telah menggerakkan anggota penyelamat daripada pelbagai agensi sahabat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis DiRaja Malaysia, RELA dan jabatan dalaman DBKL untuk melancarkan lagi operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir.
Jumlah keseluruhan kekuatan anggota penyelamat dan bantuan setakat ini ialah seramai 640 orang.
Ketika ini, pusat pemindahan banjir adalah di lokasi seperti berikut :
i. Dewan Sultan Sulaiman bagi pemindahan penduduk Kampung Periuk, Kampung Bharu;
ii. Dewan Jalan Hamzah bagi pemindahan penduduk dari kawasan Jalan Raja Mahadi Kampung Bharu;
iii. SJK Tamil Saraswati Lembah Pantai bagi pemindahan penduduk Kampung Pasir; dan
iv. Dewan Komuniti Sentul bagi pemindahan Kampung Kolam Air dan Kampung Kasipillay
Jumlah keseluruhan penduduk yang terlibat dengan pemindahan setakat ini adalah seramai 500 orang.
Terdapat kerosakan jalan di Jalan Tuanku Abdul Halim dan akan dibaiki serta merta. Kontraktor dijangka masuk ke tapak pada pagi ini.
Manakala insiden tanah runtuh telah berlaku di beberapa tempat iaitu:
i. Lorong Bukit Pantai, Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan
ii. Bukit Ledang, Bukit Damansara.
iii. Jalan Durian 3, Cheras
iv. Bukit Pantai
v. Jalan 2/98, Taman Supreme
vi. Lot 2979, Jalan Penchala Indah
vii. No 263, Taman Damansara Indah
viii. Bangsar Indah Condominium
ix. Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan
x. Jalan Bukit Ledang, Damansara
xi. Jalan Pantai permai, Pantai Hillpark
Bagi menangani masalah ini, DBKL telah melantik pihak IKRAM untuk membuat kajian bagi mengenalpasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan oleh DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memantau keadaan banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau turut menyelaras segala bantuan yang akan dikeluarkan oleh agensi-agensi berkaitan.
Kenyataan Media
Sun Dec 19 2021

DBKL telah melantik pihak IKRAM untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan. - Gambar Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.