KUALA LUMPUR: Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa banjir di Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan mencapai kadar 100 peratus setakat Rabu.
Selain itu, agihan di Pahang adalah 97.1 peratus dan 97 peratus bagi penduduk Selangor, sehingga jam 8 pagi, lapor Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Secara keseluruhan, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.
“Sejumlah 105,134 KIR dilaporkan terkesan bencana banjir gelombang pertama manakala 13,703 KIR terkesan ketika gelombang kedua.
“Daripada 30,461 KIR yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang pertama, seramai 29,643 bersamaan 97.3 peratus telah menerima bayaran BWI.
“Daripada 6,118 KIR yang berdaftar di PPS ketika banjir gelombang kedua, seramai 3,505 (57.3 peratus) KIR telah menerima BWI.
“Bagi 82,258 KIR yang tidak berpindah, seramai 41,798 (50.8 peratus) KIR telah menerima BWI,” kata kenyataan itu.
BACA: BantuanBanjir.com permudah mangsa banjir dapatkan maklumat bantuan
BACA: Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa
Sementara itu, seramai 7,372 (9.1 peratus) daripada 80,726 KIR telah menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) yang berjumlah RM2,500.
“Ia adalah sebagai bantuan daripada kerajaan bagi mengganti peralatan dan perabot yang rosak serta kediaman yang ditenggelami air.
“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia turut menawarkan bantuan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
“Bagi bantuan pembaikan maksimum RM5,000 yang diurus Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), daripada 439 KIR yang didaftarkan, seramai 13 KIR telah menerima Bantuan Pembaikan rumah.
“KIR yang selebihnya masih dalam proses penilaian ICU JPM. Bagi Bantuan Pembaikan Rumah RM5,001 hingga RM15,000, seramai 41 KIR yang telah dinilai sebagai projek rintis ICU JPM melibatkan negeri Pahang (20), Melaka (10) dan Kelantan (11) telah menerima bantuan itu," katanya.
Faris Danial Razi
Wed Jan 19 2022

Secara keseluruhan, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI. - Gambar fail/ Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS
Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 PPS di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat manakala di Sarawak mencatatkan penurunan pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.