BATU PAHAT: Kerajaan mengarahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menubuhkan satu rejimen APM di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan rejimen itu sebagai langkah jangka masa panjang persediaan menghadapi bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya.
Dengan jumlah besar itu, ia katanya akan dikoordinasi ke seluruh negara dan dijangka dimulakan pada tahun ini.
"Ketua Pesuruhjaya APM telah diminta untuk mewujudkan pasukan pertahanan awam dengan jumlah satu rejimen atau pasukan bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.
"Anggota ini perlu diberikan latihan, pakaian seragam dan lakukan latihan setempat jika berlaku bencana banjir atau kebakaran, kemalangan, supaya bantuan awal dan segera dapat disalurkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPD) di Dewan Orang Ramai Sri Medan, di sini hari ini.
IKUTI PERKEMBANGAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI!
Difahamkan satu rejimen akan terdiri daripada 300 hingga 1,000 anggota dan ketika ini dianggarkan APM Johor memiliki keahlian seramai lebih 1,000 anggota.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan PPS kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir di seluruh negara.
Beliau berkata perkara itu akan dilaksana menerusi smart partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan pihak sekolah.
Pada permulaan katanya, sebanyak lapan sekolah telah dikenal pasti di Mersing dan Batu Pahat untuk dibangunkan dewan bagi dijadikan PPS tetap.
"Kebanyakan PPS menggunakan sekolah yang kebanyakannya berada di kawasan yang agak tinggi daripada kawasan banjir.
"Oleh itu menerusi 'smart partnership' antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan sekolah akan dilakukan bagi membina dewan kekal di sekolah-sekolah ini.
"Di luar musim banjir ia akan digunakan oleh sekolah untuk aktiviti mereka," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Jan 31 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar taklimat ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Medan hari ini. - Foto BERNAMA
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Program Anak Kita berjaya pastikan murid tercicir kembali ke sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan berkata Program Anak Kita anjuran KPM dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Awam berjaya memastikan murid tercicir kembali ke sekolah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
Presiden Uzbekistan lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb, menandakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Disember 2016
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Malaysia menyertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza yang diterajui Jordan, menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha bantuan untuk rakyat Palestin.
[TERKINI] Pembantu tukang jahit mengaku salah hina agong, didenda RM4,000
Seorang pembantu tukang jahir didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam platform media sosial Facebook Disember lalu.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.