KUANTAN: Banjir besar pada 18 Disember baru-baru ini membawa dugaan berganda kepada sebuah keluarga di Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Rangin, di sini.
Selain kehilangan kelengkapan rumah, Norfardilatul Akmar Mustafa dan suami Mohd Asri Abdul Rashid, turut berdepan kesukaran apabila alat bantuan pernafasan yang diguna anak bongsu mereka, rosak akibat ditenggelami air.
Norfardilatul Akmar kini buntu memikirkan alatan tersebut yang tidak boleh digunakan, sekali gus mengakibatkan anaknya, Mohd Hisyamuddin, 7, yang mempunyai masalah paru-paru, menghadapi kesukaran bernafas dengan sempurna.
Menurut Norfardilatul Akmar, mereka telah cuba untuk kembali ke rumah untuk menyelamatkan alat tersebut pada hari kedua banjir namun tidak dibenarkan petugas keselamatan atas faktor keselamatan.
"Masa banjir tu air memang sangat laju jadi saya tak sempat nak selamatkan benda ini... saya pun tak ada kenderaan nak bawa... saya ada motosikal saja.
"Keesokan (hari kedua banjir) saya nak datang nak ambil tapi orang tak bagi masuk dah sebab air terlalu tinggi," katanya yang tidak dapat menahan kesedihan dan kerap menitiskan air mata.
BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Norfardilatul Akmar yang ditemui di kediamannya pada Khamis berkata, mereka tidak mampu untuk membeli alat berkenaan memandangkan harganya sekitar RM14,000.
Katanya, suaminya telah cuba mencuci alat yang diterima daripada hospital dan Pusat Zakat Pahang tersebut dengan harapan ia boleh digunakan semula, namun tidak berjaya.
Harapannya kini ada pihak yang boleh membantu memperbaiki alat itu atau membeli set yang baharu bagi membolehkan anaknya kembali boleh bernafas dengan sempurna.
"Saya mengharapkan sangat-sangat siapa yang dapat membantu anak saya baiki mesin ini... sebab itu nyawa anak saya... setiap malam dia pakai.
"Saya cuma fikirkan keselamatan dia sahaja, bagaimana kami nak cari dana untuk membeli alat yang baru untuk dia," katanya yang turut memaklumkan Mohd Hisyamuddin dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan pada Mac nanti.
Menceritakan keadaan anaknya, Norfardilatul Akmar berkata, Mohd Hisyamuddin mula dikesan menghidap penyakit berkaitan paru-paru sejak berusia enam bulan dan banyak menghabiskan masa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi tujuan rawatan.
Hasil rawatan mendapati sebelah paru-paru anaknya itu tidak berfungsi dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan Mohd Hisyamuddin boleh menghubungi talian 011-2534 0421 dan bagi yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Maybank 156226176966 atas nama Norfardilatul Akmar Mustafa.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Jan 06 2022
![Banjir: Buntu alat bantuan pernafasan anak rosak, ibu harap bantuan Banjir: Buntu alat bantuan pernafasan anak rosak, ibu harap bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641463965_Ibuharapbantuan.jpg)
Norfardilatul Akmar berkata, sebelah paru-paru anaknya itu tidak berfungsi dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan. - Gambar/ Astro AWANI
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643013448_AmirudinShari.jpg)
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
![Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640937024_AmirudinShari.jpg)
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
![Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642658415_Zafrul.jpg)
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
![Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar' Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51584170718_TBkhalid.jpg)
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
![Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642656921_AnwarParlimen.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
![Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642656921_AnwarParlimen.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
![Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642658376_AnwarParlimen.jpg)
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
![Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642519959_TengkuDatukSeriZa.jpg)
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
![Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642501597_950x600.jpg)
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
![Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642651383_ParlimenBanjir.jpg)
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.