BATU PAHAT: Banjir yang melanda daerah Batu Pahat pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, paras air banjir mungkin akan surut sepenuhnya, jika cuaca kekal cerah sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, situasi bencana termenung yang melanda daerah itu, berpunca daripada pergerakan air dari tanah tinggi, yang membanjir kawasan rendah.
Selain itu, tambah beliau, fenomena air pasang besar yang berlaku sekitar jam 12 tengahari dan 12 tengah malam, memburukkan lagi keadaan di daerah ini.
"Setakat petang (Jumaat) ini, kita masih lagi melihat trend air meningkat di Batu Pahat, dengan adanya kawasan baharu dilaporkan terjejas, seperti kawasan Senggarang dan kawasan Minyak Beku.
"Fenomena air pasang besar ini telah berlaku lebih kurang dua hari lepas, yang berlaku dua kali sehari pada jam 12 tengah hari dan 12 tengah malam, menyebabkan limpahan air di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Surau Kampung Parit Kassim, disini, pada Jumaat.
Katanya, purata bacaan paras air di sungai meningkat pada kadar tiga meter, disebabkan fenomena air pasang tersebut.
Menurut Ismail Dollah, fokus operasi bantuan bencana dikalangan pihak polis kini terarah kepada kawasan-kawasan yang lebih berisiko tinggi untuk dilanda banjir.
"kita telah alihkan kekuatan kita ke taman dan perkampungan berhampiran Sungai Simpang Kiri,
"Ini memandangkan aliran air daripada Sungai Simpang Kanan di Empangan Bekok dan Empangan Semberong mengalir dan akan bertembung di sungai ini, sekaligus menyebabkan limpahan air dikawasan pesisirnya, jika berlaku air pasang besar." Tambahnya.
Setakat 4 petang, Batu Pahat kekal sebagai daerah paling teruk terjejas banjir, dengan 37,563 mangsa direkodkan membabitkan 10,545 buah keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di 112 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi disekitar Batu Pahat.
Aiman Hakeem Awazmin
Fri Mar 10 2023

Menurut Ismail (tengah), situasi bencana termenung yang melanda daerah itu, berpunca daripada pergerakan air dari tanah tinggi, yang membanjir kawasan rendah. - Foto Astro AWANI

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.
ASEAN 2025 | 19 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang setakat 8 malam ini berbanding 263 orang yang direkodkan tengah hari tadi.

Mangsa banjir kilat di Sri Gading meningkat kepada 255 orang
Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading meningkat kepada 255 orang setakat 8 malam ini berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi.

Banjir Batu Pahat: PPS dinaiki air, 46 mangsa dipindahkan
Seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading apabila PPS itu mula dinaiki air.