KOTA KINABALU: Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah bagaimanapun di daerah Telupid seramai 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima PPS.

"Sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di Telupid," menurut kenyataan itu hari ini.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA