Skip to main content

Malaysia

Banjir di Gua Musang, satu PPS dibuka

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 dibuka selepas paras air sungai meningkat akibat taburan hujan yang tinggi sehingga melimpah ke kawasan sekitar. - Gambar hiasan/BERNAMA
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 dibuka selepas paras air sungai meningkat akibat taburan hujan yang tinggi sehingga melimpah ke kawasan sekitar. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

GUA MUSANG: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan beberapa penempatan dan laluan utama di jajahan ini dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi hingga awal pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 di sini dibuka selepas paras air sungai meningkat akibat taburan hujan yang tinggi sehingga melimpah ke kawasan sekitar.

Menurut APM, setakat 8.30 pagi ini proses pemindahan penduduk masih dijalankan pasukan penyelamat, manakala jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan masih dalam proses pengumpulan dan pengesahan.

Advertisement

APM turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang Datuk Mohd Roshdi Ismail berkata antara kawasan terjejas setakat ini adalah Kampung Batu 2, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Jalan Gua Musang-Jelawang.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya telah turun padang meninjau keadaan di lokasi terjejas serta mengambil tindakan sewajarnya, termasuk mendapatkan bantuan agensi berkaitan sekiranya pemindahan penduduk diperlukan.

“Kami juga sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada pihak berkaitan berhubung keadaan di semua kawasan yang terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Kejadian itu menyusuli amaran hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  pada 6.45 pagi tadi.

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement