Skip to main content

Malaysia

Banjir di Terengganu meruncing, jumlah mangsa terus meningkat

61483452239_BanjirKemaman.jpg
61483452239_BanjirKemaman.jpg
Advertisement
Banjir di Terengganu bertambah buruk setakat pukul 9 malam ini dengan peningkatan jumlah mangsa seramai 4,352 orang berbanding 3,255 orang petang tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, seramai 1,372 keluarga kini berada di 77 pusat pemindahan di enam daerah negeri itu.

Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,845 orang (576 keluarga) di 24 pusat pemindahan diikuti Besut seramai 1,476 mangsa (361 keluarga) di 23 pusat pemindahan.

Di Kemaman pula seramai 299 mangsa diikuti Setiu (443), Dungun (259) dan Marang (30). -- Bernama

Must Watch Video

Advertisement