KUALA LUMPUR:Situasi banjir di pantai Timur terutama di Kemaman, Terengganu semakin buruk malam ini apabila air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri itu.
Kebanyakan jalan di bandar itu juga mula ditutup kepada kenderaan ringan sejak 7 malam tadi dan peniaga mula memindahkan barang berikutan bimbang berlaku kenaikan air secara mendadak lewat malam ini jika hujan lebat.
Selain Terengganu, negeri jirannya Kelantan juga mengalami situasi sama apabila jumlah mereka yang dipindahkan kini hampir mencecah 6,000 orang dengan bandar Kota Bharu dijangka dilanda banjir mulai tengah malam ini dan air Sungai Golok dilapor semakin meningkat.
Banjir di Kelantan hari ini turut mengorbankan seorang pemuda berusia 20 tahun yang terjatuh dari perahu ketika membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Kampung Manjor, Kuala Krai.
Mayat Mohammad Hakimin Rahim ditemukan ahli keluarganya pada 8.30 pagi di tempat mangsa dilaporkan terjatuh dari perahu dan mangsa juga dikatakan kepenatan serta mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.
Di TERENGGANU, laporan terkini bencana banjir negeri Terengganu hingga 8 malam ini merekodkan seramai 11,777 orang daripada 2,947 keluarga dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dengan Kemaman mencatat bilangan paling ramai iaitu 10,103 orang melibatkan 2,469 keluarga.
Banjir di Terengganu kini melibatkan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun (1,334 mangsa), Hulu Terengganu (228 mangsa), dan Besut (112 mangsa).
Di KELANTAN, lima jajahan di negeri itu kini terjejas banjir iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 5,896 mangsa daripada 1,520 keluarga ditempatkan di 74 pusat pemindahan dengan Kuala Krai merupakan jajahan paling terjejas dengan 2,611 orang dipindahkan, Jeli (1,060 orang), Tanah Merah (488), Pasir Mas (896) dan Gua Musang (841).
Situasi berbeza di PAHANG, walaupun lebih 20,000 masih berada di pusat-pusat pemindahan, keadaan banjir di sembilan daerah yang terjejas teruk sejak Ahad lepas, kini beransur pulih dan malam ini jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 22,292 orang daripada 6,068 keluarga berbanding lebih 23,000 orang petang tadi.
Jalan dari Kuantan menghala ke Kuala Lumpur masih terputus di LPT1 dan di beberapa lokasi di jalan lama.
Negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir iaitu Johor dan Perak juga terus bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan, manakala keadaan di Beaufort, Sabah tidak berubah dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan kekal 35 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

Kebanyakan jalan di Bandar Chukai, Kemaman itu juga mula ditutup kepada kenderaan ringan sejak 7 malam tadi. - Gambar/ Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.

Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.

Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.

Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.

Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.

Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.

Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).