Skip to main content

Malaysia

Banjir: Dua PPS dibuka di Kedah

Hujan berterusan sejak malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dinaiki air dan keadaan itu dijangka berlanjutan hingga esok. - Foto APM Kedah
Hujan berterusan sejak malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dinaiki air dan keadaan itu dijangka berlanjutan hingga esok. - Foto APM Kedah

Advertisement

Ringkasan AI

  • Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Kedah susulan banjir akibat hujan berterusan sejak malam tadi.
  • Seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga di Kuala Muda ditempatkan di PPS Surau As Saadiah.
  • Jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Teroi, Yan masih dalam bancian dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

ALOR SETAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah setakat 12 tengah hari ini, iaitu di daerah Kuala Muda dan Yan susulan banjir akibat hujan berterusan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini, sebanyak 24 mangsa daripada tujuh keluarga dari daerah Kuala Muda ditempatkan di PPS Surau As Saadiah yang dibuka pada 10 pagi.

Kenyataan itu memaklumkan di daerah Yan pula, jumlah mangsa dan keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Teroi masih dalam bancian dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Kawasan yang terlibat di daerah Kuala Muda ialah Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok manakala di daerah Yan, Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras,” menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat berkenaan, hujan berterusan sejak malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dinaiki air dan keadaan itu dijangka berlanjutan hingga esok.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement